CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23222|Reply: 0

Kampung Itali ini larang penduduknya jatuh sakit

[Copy link]
Post time 11-1-2025 11:56 PM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK yang tinggal di Belcastro diperintahkan untuk mengelakkan diri daripada menghidap sebarang penyakit. FOTO Facebook

Rom: Sebuah kampung kecil di selatan Itali dilaporkan melarang penduduknya daripada jatuh sakit yang serius, lapor BBC.

Penduduk yang tinggal di Belcastro "diperintahkan untuk mengelakkan diri daripada menghidap sebarang penyakit yang mungkin memerlukan bantuan perubatan kecemasan," menurut perintah daripada Datuk Bandar, Antonio Torchia.

Kira-kira separuh daripada 1,200 penduduk Belcastro berusia lebih 65 tahun, manakala Jabatan Kecemasan dan Kecederaan yang terdekat terletak lebih 45 kilometer (km), kata datuk bandar itu.Torchia berkata, Jabatan Kecemasan dan Kecederaan hanya boleh dicapai melalui jalan yang mempunyai had laju 30 kilometer sejam (km/j).

Klinik di kampung itu juga tidak dibuka secara tetap dan tidak menawarkan perkhidmatan pada hujung minggu, cuti atau selepas waktu pejabat.

Torchia memberitahu stesen televisyen Itali bahawa sukar untuk "berasa selamat apabila anda tahu jika anda memerlukan bantuan, satu-satunya harapan anda adalah untuk sampai ke Jabatan Kecemasan dan Kecederaan tepat pada waktunya" - dan jalan dilalui itu "lebih berisiko daripada sebarang penyakit."

Sebagai sebahagian daripada perintah, penduduk juga diperintahkan "untuk tidak melakukan tingkah laku yang boleh membahayakan dan mengelakkan kemalangan domestik", serta "tidak meninggalkan rumah terlalu kerap, melakukan perjalanan atau bersukan, sebaliknya hanya berehat sepanjang masa."

Dilaporkan juga, masih tidak jelas bagaimana peraturan baharu ini akan dikuatkuasakan.

Wilayah Calabria yang penduduknya tidak ramai – terletak di hujung selatan Itali – adalah salah sebuah wilayah termiskin di negara itu.

Pengurusan politik yang lemah dan campur tangan mafia merosakkan sistem penjagaan kesihatan di sana, yang diletakkan di bawah pentadbiran khas daripada kerajaan pusat hampir 15 tahun lalu.

Pesuruhjaya yang dilantik oleh Rom menghadapi kesukaran dalam menangani tahap hutang yang tinggi dihadapi oleh hospital.

Ia juga menyebabkan penduduk Calabria terus terhimpit dengan kekurangan kakitangan perubatan dan katil, serta senarai menunggu yang tidak berkesudahan.


Disiarkan pada: Januari 11, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.226505 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list