TOKYO: Jepun pada minggu terakhir Disember dilanda wabak selesema terbesar sejak data perbandingan diperolehi pada 25 tahun lepas, kata pihak berkuasa kesihatan kelmarin.
Analisis data terkini dari kementerian kesihatan dikumpul dari 5,000 klinik perubatan menunjukkan dari 23 hingga 29 Disember, seramai 317,812 orang telah didiagnos dengan selesema.
Itu adalah lebih tiga kali ganda daripada 104,612 kes yang direkodkan bagi tempoh yang sama pada 2023, dan paling banyak bagi mana-mana minggu sejak rekod bermula pada 1999, kata pihak kementerian.
Kes selesema sering meningkat pada musim sejuk di Jepun dan tempat lain, namun beberapa negara telah melihat peningkatan besar dalam kes baru-baru ini termasuk di Perancis dan Britain.
Australia menyenaraikan lebih 350,000 kes selesema yang disahkan oleh makmal pada tahun lepas – melebihi jumlah sebelum ini sebanyak 313,615 pada 2019, menurut sistem penyeliaan penyakit negara.
|