CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23848|Reply: 0

Menteri Luar Austria angkat sumpah sebagai Canselor sementara

[Copy link]
Post time 11-1-2025 09:11 AM | Show all posts |Read mode

Alexander Schallenberg mengangkat sumpah sebagai Canselor. - Foto AFP

VIENNA: Menteri Luar Austria, Alexander Schallenberg mengangkat sumpah sebagai canselor sementara negara itu, susulan peletakan jawatan Karl Nehammer baru-baru ini.

Schallenberg akan mengetuai kerajaan sementara sambil meneruskan tugasnya sebagai Menteri Luar sehingga kerajaan baharu dibentuk.

Majlis angkat sumpah itu dikendalikan oleh Presiden Austria, Alexander Van der Bellen yang merakamkan penghargaan atas kesediaan Schallenberg memikul tanggungjawab berganda dalam tempoh mencabar ini.

Menurut agensi berita Austria, APA, Schallenberg merancang untuk mengadakan lawatan ke Kesatuan Eropah di Brussels pada awal minggu depan.

Diplomat berusia 55 tahun itu telah berkhidmat sebagai Menteri Luar Austria sejak 2019 dan pernah memegang jawatan canselor selama kira-kira dua bulan pada 2021 selepas peletakan jawatan bekas Canselor, Sebastian Kurz.

Austria kini menghadapi ketidaktentuan politik selepas Nehammer mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Canselor dan Pengerusi Parti Rakyat hujung minggu lalu. Keputusan itu dibuat susulan kegagalan rundingan pembentukan gabungan antara partinya dengan Parti Sosial Demokratik dan Parti NEOS.

Presiden Van der Bellen pada Isnin lalu memberi mandat kepada Herbert Kickl, Ketua Parti Kebebasan berhaluan kanan, untuk membentuk kerajaan baharu.

Parti Kebebasan memperoleh kemenangan dalam Pilihan Raya Parlimen Austria pada September lalu tetapi sebelum ini disisihkan oleh parti lain dalam rundingan gabungan.

Rundingan antara Parti Kebebasan dan Parti Rakyat bermula semalam, namun Nehammer, seorang pengkritik lantang Kickl meletakkan jawatan sebagai pemimpin Parti Rakyat sebagai tindak balas.

Parti Kebebasan pernah menjadi rakan kongsi junior gabungan, namun parti itu tidak pernah menerajui Kerajaan Austria.

Schallenberg secara terbuka menyatakan bahawa beliau tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan yang diketuai Parti Kebebasan.

Januari 11, 2025 sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.677669 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list