CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29006|Reply: 0

Wartawan Perancis cerita pengalaman dipukul tentera Israel di Syria

[Copy link]
Post time 10-1-2025 09:37 PM | Show all posts |Read mode

Sylvain Mercadier. - Foto ihsan Anadolu Agency

ANKARA: Seorang wartawan Perancis yang ditahan tentera Israel di wilayah Syria, Sylvain Mercadier menceritakan bagaimana beliau dipukul dan "disoal siasat secara kejam" oleh tentera Israel.

Mercadier, yang ditahan bersama aktivis dan peguam Syria, Muhammed Fayyad, bercakap kepada Anadolu mengenai kejadian yang berlaku ketika mereka bertugas di kampung Hamidiye.

Beliau berkata, selepas tentera Israel cuba merampas komputer mereka, mereka ditahan dengan "kejam", dengan tangan digari ke belakang dan mulut
disumbat.

Mercadier menceritakan mereka dibawa ke sebuah bangunan yang diubah suai menjadi pangkalan tentera oleh tentera Israel di Bukit Golan yang diduduki.

"Selama empat jam, kami dipaksa duduk bersila di atas tanah dengan tangan di belakang. Kami dianiaya, dihina dan dimalukan oleh tentera," katanya.

Beliau berkata, mereka kerap disoal siasat dan diugut berulang kali.

"Kami disoal siasat beberapa kali, diugut dan diancam. Saya dihumban ke tanah dan dipukul kerana enggan bekerjasama dengan tentera untuk membuka telefon saya," katanya.

Selepas disoal siasat, Mercadier berkata, mereka dihalau ke kampung lain dan dibebaskan. Bagaimanapun katanya, kad SIM, telefon, kamera dan kad memori mereka tidak dikembalikan.

"Saya kehilangan peralatan yang diperlukan untuk bekerja," katanya.

Tentera Israel menahan Mercadier dan Fayyad di wilayah Quneitra Syria pada 8 Disember 2024 dan mendakwa selepas disoal siasat, kedua-duanya dibebaskan bersama barangan peribadi mereka.

Berikutan pertempuran sengit di Syria pada 27 November dan kejatuhan rejim Bashar al-Assad yang berusia 61 tahun pada 8 Disember, serangan tentera Israel ke atas negara itu meningkat.

Tentera Israel meluaskan pendudukannya di Bukit Golan, mara dalam jarak 25 kilometer (km) dari Damsyik.

Israel menduduki Dataran Tinggi Golan, Syria sejak 1967 dan Perjanjian Pemisahan 1974 antara Israel dan Syria menetapkan sempadan zon demiliterisasi. - AGENSI

Januari 10, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.107032 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list