CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30932|Reply: 0

40 terbunuh dalam serangan udara junta Myanmar

[Copy link]
Post time 10-1-2025 06:59 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai melihat rumah yang terbakar di tapak serangan udara yang disyaki dilakukan tentera Myanmar di Kampung Kyauk Ni Maw di pulau Ramree di negeri Rakhine barat. - Foto AFP

YANGON: Sekurang-kurangnya 40 penduduk maut akibat serangan udara tentera Myanmar di sebuah kampung di barat negeri Rakhine, menurut pekerja kemanusiaan dan kumpulan bersenjata etnik.

Jurucakap Tentera Arakan (AA), Khaing Thu Kha, berkata sebuah jet tentera mengebom Kyauk Ni Maw, di pulau Ramree, sekitar jam 1.20 tengah hari waktu tempatan pada Rabu dan memusnahkan 500 rumah.

"Menurut laporan awal, 40 orang awam terbunuh, manakala 20 lagi cedera," katanya.

Ketika ini, pasukan AA sedang bertempur dengan tentera Myanmar untuk merebut Rakhine, di mana mereka sudah menguasai sejumlah besar wilayah pada tahun lalu, kecuali ibu negeri Rakhine, Sittwe.

Konflik di Rakhine adalah sebahagian daripada kekacauan berdarah yang melanda Myanmar sejak tentera menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi dalam rampasan kuasa 2021, yang mencetuskan pemberontakan bersenjata secara meluas.



Sementara itu, seorang anggota kumpulan penyelamat tempatan yang membantu orang ramai di kawasan itu memberitahu AFP seramai 41 orang terbunuh dan 52 cedera.



"Pada masa ini, kami tidak mempunyai cukup ubat 'betadine' dan 'spirit metilasi' untuk merawat mangsa kerana pengangkutan adalah sukar," katanya yang enggan dikenali.

Gambar-gambar selepas pengeboman itu menunjukkan penduduk yang masih kebingungan berjalan melalui runtuhan yang hangus, tanah dipenuhi serpihan logam dan bangunan yang tinggal hanya cebisan dinding.

AFP cuba menghubungi junta untuk mengulas mengenai kejadian itu, tetapi panggilan tidak dijawab.

Pulau Ramree adalah lokasi pelabuhan laut dalam yang dirancang dengan sokongan China, selain akan menjadi pintu masuk Beijing ke Lautan Hindi, meskipun pembinaan terhenti akibat ketegangan yang berlaku.

Tentera Myanmar berdepan kesukaran melawan penentangan terhadap pemerintahan mereka di pelbagai barisan hadapan di seluruh negara dan sering dituduh menggunakan serangan udara serta tembakan artileri untuk menyerang komuniti awam.
10 Januari 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.048819 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list