CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15453|Reply: 130

Kalo Bawak Slow, Janganlah duk Lane Laju

[Copy link]
Post time 19-4-2011 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by batu_bergolek at 19-4-2011 18:07

Kepada mereka yang suka bawak slow tapi duk lane laju, kalo boleh jgn lah buat nanti kene hambat mcm ni karang





(ps, ni kat US, jadi lane jalan laju dan perlahan diorang terbalik)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2011 06:23 PM | Show all posts
wow!!!
harap kat malaysia pun polis wat camnie
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 06:55 PM | Show all posts
aku rase la kan....derang ni SS
plus, bawak tu tgk ke depan jek.....kalo toleh ke kiri ke kanan, tgk cermin pandang belakang kejap pon, kalo bleh xmo......

bukan apa.....karang kalo x tengok depan, takut steering tu dibalas seiring dengan belah mana mata duk nengok.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 07:56 PM | Show all posts
aku kalo naik moto.. tetiap hari jumpa org mcm ni..

selalu depa ingat fast lane tu 110kmj punya lane.. kadang2 bwk 120kmj pun lepak lane kanan.. walhal lane kiri kosong je..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 08:59 PM | Show all posts
lane kanan buat orang stress jek...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 12:07 AM | Show all posts
lane kanan buat orang stress jek...
nazurah Post at 19-4-2011 20:59



   lane kanan utk org nak p toilet le..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2011 01:03 AM | Show all posts
hahaha  nasib baik takkene hambat sampai kaki lima jalan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 05:57 AM | Show all posts
selalu driver pesen2 ni..

jenih pak aji/lebai yg slow motion punya bwk.. apek / nyonya tak berapa nampak jalan.. pastu jenih manusia ego tinggi.. ingat 120kmj keta dia sama laju dengan kelajuan cahaya.

bila kena beam.. atau kena cucuk.. mula maki hamun seranah keluar drpd mulut drivers nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 07:30 AM | Show all posts
Ramai org malaysia yg bodo sombong..depa kata depa dah ikut kelajuan maksimum 110 so..depa bole duduk lane kanan/laju..lane laju sebenarnya hanya utk memotong...so kalau ada kereta laju dtg dari belakang..jgn jadi keras kepala taknak bagi laluan kononnya anda dah mengikut had laju yg tetapkan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 10:08 AM | Show all posts
diorg ada 4 lorong......
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 10:45 AM | Show all posts
Ramai org malaysia yg bodo sombong..depa kata depa dah ikut kelajuan maksimum 110 so..depa bole dudu ...
sentenced Post at 20-4-2011 07:30


had laju max kt h/way dh mmg 110km/h ...so, kalau driver tu nak drive kt lane kanan pun , tak buleh nak marah.
Sbb dia masih ikut undang2 ..
cuma beruk2 je yg tak reti undang2 nak drive laju2, pastu suka  main high beam ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:30 AM | Show all posts
situasi berbeza di lebuhraya pasir gudang... kebanyakan kenderaan guna lane kanan tak kiralah laju atau perlahan (sebilangan) sebab lane kiri jahanam...tak rata, berlubang... lori jek sanggup guna.

aku rasa guna lane kanan sangat stress sbb kena sentiasa alert dgn org belakang...since iols tobat tak mandu laju
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 12:32 PM | Show all posts
boleh race ngan evo10 pulis...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 12:42 PM | Show all posts
had laju max kt h/way dh mmg 110km/h ...so, kalau driver tu nak drive kt lane kanan pun , tak bu ...
waksir Post at 20-4-2011 10:45



    Ni la salah seorang yg aku sebut tu..rupanya ada juga dlm ni..hello bro..walau hadlaju 110 ko tetap x bole duduk lane kanan..lane kanan hanya utk memotong...kalo ko duduk lane kanan juga maknanya ko yg salah sebab menghalang kenderaan lain dari memotong..memotong di lane kiri merupakan satu kesalahan juga...ishh..takkan itupun aku nak kena ajar...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 12:42 PM | Show all posts
aku sangat2 berharap polis peronda (trafik) tu buat mcm nie....tensen tul la dgn segelintir org yg selfish!!!!tp slalunya polis trafik nie suka saman kenderaan yg tak bergerak..cth..saman parking..adakah???!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 12:51 PM | Show all posts
Ni la salah seorang yg aku sebut tu..rupanya ada juga dlm ni..hello bro..walau hadlaju 110 ...
sentenced Post at 20-4-2011 12:42





betul tu... aku sokong 100%....

lorong kanan sekali utk memotong... bukan utk yg bwk 110km/h...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 01:29 PM | Show all posts
Ni la salah seorang yg aku sebut tu..rupanya ada juga dlm ni..hello bro..walau hadlaju 110 ...
sentenced Post at 20-4-2011 12:42


mane ada undang2 yg halang pemandu guna lane kanan dgn had laju max. yg dibenarkan.
yg jadi kesalahan, kalau kau pandu melebihi had laju ..
& yg ada cuma belas ehsan pemandu tu kalau nak bagi laluan pd pemandu pelesit yg mcm bangsat...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 02:12 PM | Show all posts
http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... an&pg=pe_01.htm  <--


Memandu cara yang betul
Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
[email protected]

ELAK daripada menukar-nukar lorong di tol kerana boleh mengundang kemalangan.

KETIKA memandu di jalan raya, kita perlu menerapkan satu perkara yang paling asas di fikiran. Kita tidak keseorangan. Jalan raya adalah tempat yang digunakan secara bersama, maka sama ada anda memandu sebuah kereta murah atau berharga berjuta-juta ringgit, ia merupakan lorong yang kita semua wajib patuhi.

Jalan raya direka dengan sistem dan undang-undang. Kenderaan juga begitu, datang dengan sistem. Jadi apabila sistem tidak dipatuhi, maka kepincangan seperti kemalangan dan kesesakan akan terjadi.

Nilai sendiri kualiti pemanduan anda. Setiap orang memiliki daya kepekaan berbeza sewaktu memandu. Ada orang yang tidak pernah mengalami kemalangan walaupun jarang memandu perlahan. Ramai juga yang keretanya calar balar biarpun memandu pada posisi seperti mencium stereng. Perbezaannya adalah kepekaan dan teknik memandu.

Adakah anda sering menjadi sasaran kemarahan pemandu lain atau adakah anda sering diekori rapat ketika memandu dan dihala dengan lampu tinggi?

Jika semua ini berlaku, ini bermakna memang ada yang tidak kena dengan gaya pemanduan anda. Satu perkara penting yang harus diingat, ketika memandu anda harus memastikan setiap pergerakan dapat dijangka oleh pemandu lain.

Pandu secara konsisten

Pastikan anda memandu secara konsisten, tidak kiralah agresif atau tidak. Ini perlakuan yang baik bagi membantu pemandu lain menjangka pergerakan anda.

Banyak padahnya jika tidak memandu dengan konsisten, atau dengan kata lain memandu seperti orang yang tiada pedoman. Sekejap laju, sekejap perlahan. Ini konsep yang penting dan harus diamalkan bagi mengelakkan pemandu lain di sekeliling tidak terkejut dengan perubahan perilaku pemanduan anda.

Kelajuan yang betul

Sebagai contoh, jika had kelajuan di lebuh raya ialah 90km/j dan majoriti pemandu lain memandu di antara 90 hingga 110 km/j, janganlah anda memandu 90km/j di lorong paling kanan. Beredar ke lorong tengah atau ke lorong paling kiri jika anda tidak berminat untuk menyamai kelajuan pemandu lain.


KEMALANGAN jalan raya antara penyumbang utama kematian di seluruh dunia.

Beri isyarat jika anda terpaksa memandu perlahan kerana hendak mencari sesuatu lokasi atau kereta mengalami masalah mekanikal. Dengan memberi isyarat, pemandu lain akan faham dan seboleh-bolehnya beri laluan kepada kenderaan lain di belakang.

Jika kereta lain masih sukar untuk melepasi anda kerana keadaan trafik, sentiasalah mencari peluang atau posisi yang sesuai untuk membolehkan kereta lain memintas dan meneruskan perjalanan dengan lancar.

Jangan mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat. Jika kereta di hadapan tidak memberi laluan dan kereta dari arah bertentangan tidak putus-putus, sebagai pilihan terakhir, kembali ke jarak selamat dan beri lampu tinggi secara sopan (jangan dinyalakan berkali-kali).

Pemandu di hadapan mungkin akan faham dan bertimbang rasa untuk memberi laluan kepada anda. Jika anda pula berada dalam keadaan dirapati oleh kenderaan belakang, anda dinasihatkan untuk memberi laluan.

Guna cermin sisi

Cermin sisi direka untuk melihat ke belakang. Gunakan cermin sisi, cermin pandang belakang dan melihat titik buta (blindspot) sebelum memotong. Ini kerana mungkin ada kenderaan di belakang anda yang sedang memotong dalam kelajuan tinggi. Beri laluan kepada mereka dahulu. Apabila selesai mereka memotong, barulah anda meneruskan pemanduan di lorong kanan.

Lampu isyarat jangan lupa

Menggunakan lampu isyarat untuk menunjukkan ke mana arah anda supaya pergerakan tidak mendatangkan kejutan kepada pemandu lain. Seelok-eloknya bagi isyarat lebih awal, terutama dalam keadaan trafik yang sibuk. Jangan sudah hampir memasuki simpang, baru hendak memberi signal atau suka-suka bertukar lorong tanpa melihat kenderaan di belakang.

Brek dengan perlahan

Jika anda perlu membrek, tekan dengan perlahan-lahan. Bagi amaran awal kepada pemandu di belakang. Sebagai anggaran untuk masa membrek yang praktikal, lihat kereta selang kereta di hadapan anda. Membrek secara mengejut merupakan perbuatan berbahaya.

Jika keadaan trafik memaksa anda membrek secara mengejut (kemalangan atau sebagainya) cuba cari ruang lega di hadapan agar kenderaan di belakang anda mempunyai masa yang cukup untuk membrek.

Memecut pada masanya.

Memecutlah di tempat sepatutnya seperti apabila lampu isyarat bertukar hijau atau ketika giliran anda di simpang bertanda berhenti.

Ia membantu mempercepatkan kelancaran trafik. Sebaik lampu bertukar hijau, bersedia dengan kedudukan gear dan kemudian terus bergerak. Jangan 5 saat sudah lampu trafik bertukar hijau baru terkial-kial mencari tuil gear.

Jika hendak memasuki trafik yang sedang bergerak, anggar dengan baik dan pantas masuk ke dalamnya. Jadi, anda tidak memaksa pemandu dari belakang menekan brek. Cuba bersabar, tunggu ruang yang agak luas dan terus masuk dengan pantas.

Berhenti di tempat sepatutnya

Tiada faedah berhenti melebihi garisan. Ini hanya boleh menyusahkan kenderaan lain dan mungkin alat pengesan lampu isyarat juga tidak dapat mengesan anda.

Di persimpangan jalan raya dengan saiz jalan yang terhad, anda hanya menjadi penghalang kepada kenderaan dari simpang bersebelahan. Ia akhirnya akan memperlahankan trafik secara keseluruhan.

Jangan berhenti di tengah jalan tanpa tujuan. Jika terpaksa berhenti di bahu jalan, berikan isyarat dan bukannya berhenti sesuka hati.


PEMANDUAN berhemah dapat menyelamatkan anda dan orang tersayang.

Beretika

Jika berada di lebuh raya yang sedang sesak, pilih lorong anda dan tetap di situ. Jangan terlalu kerap bertukar lorong kerana ia tidak membuatkan anda lebih pantas menuju ke destinasi.

Sebaliknya, ia membuatkan keadaan trafik bertambah teruk. Jika kenderaan di lorong sebelah kanan anda dipandu laju melepasi anda, tidak perlu anda meningkatkan kelajuan kerana hendak menunjuk-nunjuk.

Jangan memotong ikut kiri. Ini perlakuan yang berbahaya dan dikategori kurang sopan ketika lebuh raya sesak dan biasa dilihat pada musim perayaan.

Selain menyalahi undang-undang, ia berbahaya kepada kenderaan lain yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak.

Lampu kecemasan

Lampu kecemasan (hazard light) adalah untuk kecemasan. Ia digunakan ketika kenderaan berhenti, bukannya ketika sedang bergerak. Bukan sama sekali digunakan ketika hujan. Ketika hujan, pasang lampu utama. Walaupun pihak berkuasa selalu menggunakan lampu kecemasan ketika mengiringi konvoi, jangan sesekali anda menyalakan lampu itu ketika anda berkonvoi.

Anda tidak kacak untuk berbuat begitu dan hanya membahayakan pengguna lain.

Bayangkan anda menyalakan lampu kecemasan ketika hujan kemudian perlu masuk ke simpang kiri. Jadi bagaimana?


* max 110 saja tapi kalau kenderaan lain menghampiri kita dari belakang dinasihatkan bagi laluan seperti artikel di atas...
* ramai lagi orang malaysia salah guna hazard light hmmm........
   hujan je on hujan je on -.-
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 03:08 PM | Show all posts
mane ada undang2 yg halang pemandu guna lane kanan dgn had laju max. yg dibenarkan.
yg jadi kes ...
waksir Post at 20-4-2011 13:29



    Aku rasa ko patut belajar balik undang2 jlnraya..memandu laju bukannya kesalahan jenayah..ko xleh halang org yg memandu laju..(polis pun x halang..depa saman jee..)..sapa yg lagi BANGSAT..pemandu bawa laju tapi tahu undang2 dgn pemandu halang laluan tapi bodo undang2..sebab ada org2 mentaliti cam ko la yg buat malaysia x mungkin akan ada AUTOBAHN cam kat german...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 03:25 PM | Show all posts
selalu driver pesen2 ni..

jenih pak aji/lebai yg slow motion punya bwk.. apek / nyonya tak berapa ...
Alt-F4 Post at 20-4-2011 05:57


eh ko jgn x tau.....kat cnm ni la.....ada la sorang tu cakap.....dh speed limit kat highway 110.....dia dh folo....org lain kena folo jugak la.....:re:

~~kalo masuk court, ko kalah la weh.....sbb dia menolong polis tolong buat speed trap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.085771 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list