CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5144|Reply: 1

Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh

[Copy link]
Post time 7-1-2025 09:21 AM | Show all posts |Read mode

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto (kanan) disambut oleh Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva pada Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro pada November tahun lalu. - Foto AGENSI

MEXICO CITY: Kerajaan Brazil, yang mengambil alih jawatan Pengerusi BRICS pada 1 Januari, mengumumkan kemasukan Indonesia ke dalam organisasi itu sebagai anggota penuh, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik kenyataan Kementerian Luar Brazil pada Isnin.

"Sebagai sebahagian daripada tempoh jawatan Pengerusi BRICS oleh Brazil, yang bermula pada 1 Januari dan akan berakhir pada 31 Disember 2025, Kerajaan Brazil pada hari ini, 6 Januari, secara rasmi mengumumkan penerimaan Republik Indonesia sebagai anggota penuh BRICS," menurut kenyataan kementerian itu.

Penyertaan Indonesia secara rasmi dalam BRICS sebagai anggota penuh, menjadikan kumpulan ekonomi pesat membangun itu sebagai anggota keenamnya.

Ia penambahan kepada anggota penuh sedia ada iaitu Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan.

Dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kira-kira AS$1.4 trilion, populasi melebihi 280 juta dan pertumbuhan ekonomi tahunan melebihi 5 peratus sepanjang dekad lalu, Indonesia merupakan salah satu ekonomi paling pesat berkembang di dunia.




Kementerian Luar Brazil berkata, kemasukan Indonesia mencerminkan komitmen bersama untuk mereformasikan tadbir urus global dan memperkukuh kerjasama di negara-negara Selatan Global.

BRICS memulakan peluasan keanggotaannya semasa sidang kemuncak di Johannesburg pada 2023, memperkenalkan kerangka 'negara rakan kongsi baharu'.

Keanggotaan penuh Indonesia, yang tertangguh disebabkan pilihan raya 2024, telah diluluskan secara konsensus selepas Presiden Prabowo Subianto memegang jawatan pada Oktober lalu.

China menyambut baik kemasukan Indonesia dan menyifatkannya sebagai langkah positif untuk BRICS dan Selatan Global.

Kumpulan itu kini mewakili hampir separuh populasi dunia dan lebih 41 peratus daripada KDNK global.

BRICS telah meletakkan dirinya sebagai penyeimbang kepada institusi yang dipelopori barat, terutama Amerika Syarikat.

Presiden Amerika Syarikat (AS) dipilih, Donald Trump baru-baru ini memberi amaran untuk mengenakan tarif 100 peratus jika BRICS membangunkan mata wang pesaing kepada dolar AS.

Keanggotaan Indonesia mengukuhkan pengaruh BRICS dan menyerlahkan peranannya dalam mencorak kerjasama ekonomi global. - AGENSI

Januari 7, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 10:09 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 10-1-2025 10:21 PM

Kasihan "Betul" melihat MalayDesh yang nak memjadi Full Member of BRICS  tetapi ternyata hanya diterima sebagai PARTNER  aja ... Beda betul dengan Indonesia ...padahal MalayDesh diketahui per 1 Jan. 2025 telah resmi menjadi Ketua ASEAN dan juga Ketua Perhimpunan Negara-Negara Asia Selatan ..

Mengapa  MalayDesh X dianggap PENTING oleh BRICS ?

Mungkinkah ini terjadi karena MalayDEsh merasa dirinya Maha Besar dan Maha Hebat tetapi di mata negara lain malahan dipandang RENDAH....Kitapun maklum akan hal itu akibat banyaknya PENDERITA PENYAKIT WAHAM di kalangan Pemimpin dan Rakyat mereka......





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.354723 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list