CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23549|Reply: 0

Korea Selatan saksi peningkatan kelahiran kali pertama dalam 9 tahun

[Copy link]
Post time 4-1-2025 06:45 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Moscow: Bilangan bayi yang dilahirkan di Korea Selatan, sebuah negara antara kadar kesuburan terendah di dunia, meningkat buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun pada 2024, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Yonhap melaporkan pada Jumaat, memetik data kerajaan, sejumlah 242,334 bayi dilahirkan tahun lepas, meningkat 3.1 peratus daripada 2023, menandakan peningkatan tahunan pertama selepas lapan tahun berturut-turut menurun.

Jumlah penduduk negara itu berjumlah 51,217,221 orang, menurun selama lima tahun berturut-turut.

Lee Sang-lim, seorang penyelidik di Institut Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial Korea, berkata trend peningkatan dalam kadar kelahiran berkemungkinan berterusan selama dua tahun akan datang, kerana generasi yang lahir selepas 1991, yang dipanggil echo boomer, mencapai usia boleh berkahwin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.409606 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list