CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25932|Reply: 0

[Pulau Pinang] Operator kilang ditahan kes buli jalan raya

[Copy link]
Post time 27-12-2024 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 27-12-2024 01:03 PM

Operator kilang ditahan kes buli jalan raya

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
27 Disember 2024 12:41pm





Suspek dikatakan telah menghayun rantai besi pada cermin kereta mangsa ketika mangsa sedang memandu di Jalan Penang.




GEORGE TOWN - Seorang operator kilang ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kes buli jalan raya yang berlaku di Jalan Penang pada jam 1.48 petang, 25 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada jam 9.50 malam hari yang sama berhampiran Jalan Padang Tembak, Ayer Itam di sini.

Menurutnya, polis merampas satu unit rantai besi, baju T dan sebuah topi keledar.

"Semakan mendapati, suspek mempunyai dua rekod jenayah namun ujian saringan air kencingnya negatif.


"Dia akan direman tiga hari sehingga 28 Disember untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, penahanan lelaki itu dibuat selepas polis menerima laporan polis daripada seorang wanita tempatan berusia 36 tahun pada jam 2.36 petang, 25 Disember lalu.


"Menurut laporan wanita tersebut, ketika dia sedang memandu kereta di Jalan Penang, dia mendapati seorang penunggang motosikal yang tidak dikenali secara tiba-tiba menghayun rantai besi ke cermin hadapan keretanya.

"Wanita tersebut tidak pasti tentang motif individu berkenaan berbuat sedemikian lalu membuat laporan polis," katanya.


Swee Sake menambah, siasatan awal mendapati, suspek tidak berpuas hati cara pemanduan wanita tersebut yang dikatakan hampir melanggarnya.

"Suspek tidak berpuas hati cara wanita itu memandu dan dia mendakwa kenderaan wanita itu hampir melanggarnya.

"Bagaimanapun, pemeriksaan pada 'dashcam' (kamera papan kemuka) kereta tersebut tidak menunjukkan sebarang pemanduan yang tidak elok. Kita mengesyaki suspek sengaja berlagak samseng di atas jalan raya.

"Namun, siasatan masih dijalankan berhubung kes samseng jalanan ini," ujarnya.


https://www.sinarharian.com.my/article/704161/berita/semasa/operator-kilang-ditahan-kes-buli-jalan-raya


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.044624 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list