CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48091|Reply: 1

[Pulau Pinang] Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun

[Copy link]
Post time 26-12-2024 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 26-12-2024 03:09 PM

Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
26 Disember 2024 11:08am







BALIK PULAU - Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan menjadi keldai akaun melibatkan kerugian RM22,480.

Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.



]
Tertuduh (kiri) yang merupakan pemegang kad OKU didakwa dengan dua pertuduhan menjadi keldai akaun melibatkan kerugian RM22,480.




Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) didakwa dalam milikannya iaitu dalam akaun banknya berjumlah RM10,800 yang mana wang tersebut adalah milik seorang lelaki.

Tertuduh didakwa telah menyerahkan kad ATM miliknya kepada seorang lelaki yang beralamat di Kuala Lumpur melalui penghantaran kurier.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kilang di Bayan Lepas pada jam 6.05 petang, 13 November lalu.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, Muhammad Harizi didakwa dalam milikannya iaitu dalam akaun banknya berjumlah RM11,680 yang mana wang tersebut adalah milik seorang lelaki.


Tertuduh yang tinggal di Manjung, Perak itu didakwa telah menyerahkan kad ATM miliknya kepada seorang lelaki yang beralamat di Kuala Lumpur melalui penghantaran kurier.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Relau, Bayan Lepas pada jam 1.36 petang, 14 November lalu.

Sehubungan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 424B Kanun Keseksaan yang boleh dihukum denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya.

Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong manakala tertuduh diwakili peguam Yusmadi Yusoff.

Jin Hong memohon jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan terhadap tertuduh.

Yusmadi dalam rayuannya berkata, tertuduh merupakan pemegang kad OKU kerana mengalami cacat fizikal iaitu di bahagian kaki.

"Anak guam saya hanya bekerja sebagai penghantar barang dengan gaji bulanan RM2,000. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia dua tahun selain tinggal bersama ibu mentua di Manjung.

"Pada hari ini, ibu dan abangnya hadir ke mahkamah untuk menguruskan proses jaminan. Saya memohon wang jaminan yang minimum agar tidak membebankan anak guam saya," katanya.

Huey Ting kemudiannya menetapkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Ahli keluarga tertuduh telah membayar wang jaminan tersebut pada Khamis.

Kes ditangguh sehingga 27 Januari untuk sebutan semula dan serahan dokumen.


https://www.sinarharian.com.my/article/703998/berita/semasa/video-penghantar-barang-mengaku-tidak-bersalah-jadi-keldai-akaun


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-12-2024 03:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.089544 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list