CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46708|Reply: 2

[Tempatan] Jana pendapatan sampingan dengan jual belalang padi

[Copy link]
Post time 26-12-2024 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Jana pendapatan sampingan dengan jual belalang padi
26 Disember 2024 07:47am
Masa membaca: 2 minit

Muhammad Rozali yang bekerja sebagai pemotong rumput berkata menjual serangga kecil itu hampir 10 tahun lalu sebagai pendapatan sampingan untuk menyara keluarga. Foto Bernama

TANAH MERAH - Belalang padi menjadi sumber pendapatan sampingan kepada seorang pemotong rumput bagi menyara keluarga, di Kampung Rambai, Tok Chedol di sini.

Muhammad Rozali Zulkifli, 37, berkata, menjual serangga kecil itu menjadi pendapatan sampingannya sejak hampir 10 tahun lepas.

"Pada permulaan, saya jual belalang ini secara kecil-kecilan kepada penduduk namun tidak menyangka ia mempunyai peminat sekali gus mendapat permintaan tinggi.

"Belalang padi ini saya cari sendiri pada waktu malam di kawasan sawah berdekatan rumah dan setiap malam saya tangkap serangga ini kira-kira satu kilogram untuk dijual kepada pelanggan," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya pada Rabu.

Muhammad Rozali menunjukkan sebahagian belalang padi yang berjaya ditangkap ketika ditemui Bernama di Kampung Rambai Tok Chedol di sini. Foto Bernama

Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia menggunakan jala bagi menangkap belalang padi di rumput menerung dan sawah padi.

Muhammad Rozali berkata, dia keluar rumah seawal jam 8 hingga 12 tengah malam setiap hari dan tangkapan banyak diperoleh pada musim hujan.

"Belalang yang ditangkap ini direndam dan digoreng seketika terlebih dahulu sehingga bertukar warna kemerahan sebelum dijual," katanya.

Dia bersama isteri Nor Wan Zianal Atikah Aziz, 27, menggunakan kemudahan teknologi Internet untuk mempromosi produk belalang melalui media sosial Facebook bagi meningkatkan hasil jualan.

Sebahagian belalang padi yang berjaya ditangkap Muhammad Rozali ketika ditemui Bernama di Kampung Rambai Tok Chedol di sini. Foto Bernama

"Alhamdulillah saya mampu memperoleh RM500 hingga RM700 sebulan bagi menambah pendapatan untuk keperluan harian keluarga.

"Saya jual RM10 bagi 100 gram kepada pelanggan di sekitar Tanah Merah dan di negeri seperti Selangor, Perlis dan Pulau Pinang," katanya sambil menambah selain digoreng bersama kunyit, belalang padi juga dijadikan kerisik. - Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2024 01:29 PM | Show all posts
Promote sebagai ubat kuat bang. Ramai yang tak banyak tanya, tak peduli rasa, tak tengok harga. Gitu aku bagi kata2 semangat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara yg bijak mengambil peluang rezeki alam. Lg pun mmg belalang padi ni dh jd makanan rare. Mcm teringin nk beli, tp tahan ke sampai Selangor ( wlupun dh mention cust tu ada luar  Kelantan). X ckp jual secara post ke, org luar tu dtg sendiri ke rumah dia ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.108963 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list