Edited by maklukpenggoda at 27-12-2024 06:31 AM
KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO tidak hairan dengan kecaman yang merendahkan dirinya.
Datuk Dr Akmal Saleh berkata demikian merujuk satu hantaran di media sosial mendakwa prestasinya hambar sebagai Exco Kerajaan Melaka.
“Hanya mampu gelak jer lah tengok posting pencacai otak lobak sebegini.
“Cakaplah apa kau nak cakap, sebab itu mungkin kerja kau cari makan sara diri dan keluarga dengan jadi pencacai tapi sedikit pun tidak akan mengurangkan semangat dan keberanian aku untuk terus bersuara dan berkhidmat pada rakyat.
“Lagi kau tolak, lagi kuat aku melawan. Selamat mencari makan pencacai otak lobak. Rakyat mampu menilai Teruskan dengan sakit hati tu,sikit pun aku hairanlah,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Dr Akmal turut memuatnaik satu hantaran media sosial yang bertajuk ‘Akmal Saleh: Cakap banyak, hasil tak ada?”.
Hantaran itu mendakwa Dr Akmal hanya berapi-api bila bercakap politik tapi prestasi sebagai Exco Pertanian hampa.
Malah hantaran itu membandingkannya dengan dengan rakan sejawatan Exco Pertanian di Selangor yang didakwa buat kerja.
– MalaysiaGazette
|