CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74021|Reply: 9

[Tempatan] 2 perhimpunan dijangka gegarkan Sabah

[Copy link]
Post time 25-12-2024 11:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 26-12-2024 03:59 AM


KOTA KINABALU - Dua himpunan yang dijangka diadakan pada masa dan tarikh sama iaitu Selasa depan di hadapan Menara Kinabalu perlu diberikan perhatian serius walaupun ia dirancang sebagai perhimpunan aman.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sekiranya benar seperti yang dipaparkan di media sosial dan sidang akhbar terdapat dua perhimpunan tersebut diadakan, ia dibimbangi berpotensi mencetuskan ketegangan antara dua kumpulan yang berhimpun.

"Ini sekali gus membuka ruang kepada provokasi melampau yang berkemungkinan boleh menjejaskan ketenteraman awam.

"Saya memahami bahawa kedua-dua perhimpunan tersebut mempunyai matlamat masing-masing dan membawa mesej penting untuk rakyat.

"Namun, semua pihak harus menilai dari setiap aspek termasuk kesannya terhadap keselamatan dan kestabilan Sabah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sehubungan itu, Bung Moktar yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah menggesa pihak polis meneliti perkara tersebut secara mendalam dan mengambil langkah proaktif bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku.

"Antara langkah yang boleh dipertimbangkan termasuk pemisahan lokasi perhimpunan iaitu dengan membenarkan salah satu pihak memindahkan lokasi perhimpunan ke kawasan yang berbeza demi mengelakkan pertembungan fizikal antara kedua-duanya.

"Komunikasi dengan penganjur perlu diadakan di mana pihak polis perlu mengadakan dialog dengan kedua-dua penganjur bagi memastikan semua pihak mematuhi garis panduan undang-undang berkaitan perhimpunan aman seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Saya menyeru semua pihak yang terlibat agar sentiasa menjaga keharmonian dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mengganggu gugat kestabilan negeri.

"UMNO Sabah berdiri teguh dalam menyokong sebarang usaha yang bertujuan untuk membawa kebaikan kepada negeri ini, namun ia mesti dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, selaras dengan undang-undang dan kepentingan awam," katanya.

Sebelum itu, difahamkan sekumpulan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menggelarkan diri sebagai Suara Mahasiswa UMS merancang penganjuran Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah pada 31 Disember ini.

Selain itu, terdapat satu lagi himpunan tular di media sosial dan dianjurkan pihak berlainan dikenali sebagai Himpunan Aman Bangkit Sabahan diadakan pada hari yang sama sekitar jam 2 petang di hadapan Menara Kinabalu.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-12-2024 09:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2024 09:33 AM | Show all posts
Tiada keperluan untuk himpunan di luar rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2024 02:50 PM | Show all posts
Kalau dah sama2 untuk kepentingan rakyat combine ja lah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2024 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Why bung bimbang
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2024 03:12 PM | Show all posts
Oooo perhimpunan ni ke yg kata Fahmi Reza tu ganggu keharmonian orang Sabah. Entah la. Iolls tak duduk sana. Cuma yg tau heolls orang semenanjung bersuara melalui lukisan Musa Aman tu recently.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2024 03:35 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 26-12-2024 03:38 PM

Pastilah "Bimbang" jika anda tahu "motif" tersembunyi dibalik perhimpunan itu ..
Tampaknya mereka sudah "Muak" dengan perilaku kerajaan federal sehingga nak meneguhkan tekad bersama-sama dengan Sarawak untuk mewujudkan cita-cita dan aspirasi lama .... Nak berpisah dari negara Federal Malaysia dan mendirikan Reoublik Sabah dan Sarawak....

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2024 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 26-12-2024 03:35 PM
Pastilah "Bimbang" jika anda tahu "motif" tersembunyi dibalik perhimpunan itu ..
Tampaknya mer ...

Kami konoha ada penjual es teh....negara tertangga pasti iri....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2024 05:47 PM | Show all posts
apa yang trigger perhimpunan ni.

statement bung tak keras sgt untuk kata jgn adakan perhimpunan, apa motif perhimpunan ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 08:47 AM | Show all posts
nusaraya replied at 26-12-2024 03:35 PM
Pastilah "Bimbang" jika anda tahu "motif" tersembunyi dibalik perhimpunan itu ..
Tampaknya mer ...

Daripada sibuk nak kuarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia baik kuarkan Hari Pekerja daripada senarai cuti umum Malaysia sebab Hari Pekerja sejak dulu lagi tidak termasuk hari besar, sekadar meraikan seseorang sehari dalam setahun.


Ini dia.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.044628 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list