CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 83343|Reply: 0

[Pulau Pinang] JPJ saman 25 Bas beroperasi tanpa pemandu kedua

[Copy link]
Post time 25-12-2024 06:55 PM | Show all posts |Read mode
JPJ saman 25 Bas beroperasi tanpa pemandu kedua







ANGGOTA penguat kuasa JPJ Pulau Pinang mengadakan pemeriksaan dalam operasi khas di tiga plaza tol, semalam. FOTO Facebook JPJ Pulau Pinang



Nur Izzati Mohamad

Butterworth: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengesan 25 bas ekspres dan persiaran beroperasi dengan hanya seorang pemandu sahaja bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi khas yang dijalankan di tiga plaza tol di negeri ini, semalam.

JPJ negeri dalam kenyataan berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menyita sebuah bas ekspres kerana pemandunya tiada lesen memandu.

Menurutnya, operasi bermula 10 malam dan berakhir 8 pagi itu membabitkan lokasi di Plaza Tol Juru, Plaza Tol Bukit Tambun, dan Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, memfokuskan kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan perkhidmatan barangan.

"Tujuan penguatkuasaan ini diadakan bagi memantau, mengesan, dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD 2010).

"Kita mengeluarkan saman terhadap 25 bas persiaran dan ekspres kerana tiada pemandu kedua bagi pemanduan melebihi 300 kilometer atau lebih empat jam berterusan.

"Dalam pada itu, tindakan sitaan turut dilakukan terhadap sebuah bas ekspres kerana pemandunya tiada lesen memandu, selain menyita sebuah lori kontena disebabkan pemandunya di bawah umur," katanya.

Katanya, antara kesalahan lain yang dikesan dalam operasi hampir 10 jam itu adalah 23 bas didapati tiada buku log atau tidak mengemas kini buku log pemandu dan satu kes tiada pemandu pelancong.

"Secara keseluruhan, sebanyak 273 saman atas pelbagai kesalahan dan kesalahan teknikal telah dikeluarkan," katanya.



Disiarkan pada: Disember 25, 2024 @ 6:42pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1169755/jpj-saman-25-bas-beroperasi-tanpa-pemandu-kedua




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.184017 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list