View: 103173|Reply: 22
|
[Tempatan]
Tiada Orang Datang Majlis Konvo, Sekali 3 Kompeni Kadet SISPA Siap Berkawad Raikan Pegawai Normawati
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 24-12-2024 11:35 PM
Menerusi video tersebut kelihatan sebanyak 3 kompeni SISPA datang untuk meraikan hari graduasi Normawati pada 21 Disember lalu.
Maklum tiada orang hadir ke majlis konvo, sekali 3 kompeni SISPA datang raikan pegawai
Baru-baru ini, seorang wanita yang juga merupakan pegawai unit beruniform Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima kejutan daripada rakan-rakannya dari Kadet Kor Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Universiti Putra Malaysia (UPM) yang hadir ke majlis konvokesyen pada 21 Disember yang lalu.
Menerusi video yang dimuat naik oleh rakannya @.itscuyaa_ awalnya dia memberikan Point of view (POV) apabila ada pegawai yang dikenali sebagai Puan Normawati memaklumkan tidak ada sesiapa yang hadir ketika majlis konvokesyen yang diadakan.
Susulan daripada itu, anggota yang mengenalinya bertindak untuk membuat kejutan apabila mereka hadir secara beramai-ramai ke majlis konvokesyen terbabit untuk meraikan pegawai berkenaan.
Siap berkawad dalam barisan untuk raikan pegawai
Dalam video kelihatan anggota beruniform itu berkawad dalam kumpulan yang besar ke arah pegawai yang lengkap memakai jubah graduasi.
Gembira melihat usaha yang ditunjukkan oleh anggota yang hadir ke majlis tersebut, Normawati turut tidak melepaskan peluang untuk merakam momen tersebut. Malah jelas terpapar di wajahnya begitu gembira sebaik melihat anggota berkenaan.
Apa yang lebih mencuri tumpuan mereka membuat kawad hormat di hadapan Normawati turut membawa sejambak bunga untuk diserahkan kepada pegawai berkenaan.
Sebaik selesai melakukan kawad di hadapan Normawati, mereka kemudian bersalaman serta bersorak meraikan pegawai tersebut.
“Nah sekali tiga kompeni datang, terbaik YO, Koperal dan Kor SISPA UPM. Semua turun padang untuk bagi sokongan kepada pegawai.
“Satu momen untuk diingati,” katanya dalam video tersebut.
Hargai usaha dan kejutan diberikan anggota SISPA
Sementara itu, Normawati turut memuat naik video yang sama di akaun TikTok miliknya dan menghargai kejutan terbabit.
“Tahniah buat diri sendiri. Untuk semua orang baik dalam kehidupan saya, terima kasih kerana hadir.
“Terima kasih atas rasa bahagia ini. Semoga segalanya menjadi asbab kebaikan buat kalian,” ujarnya di ruang kapsyen. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa takde yg dtg ek? Aku dulu ye.. langsung tak gi konvo sbb kos mahal.. |
|
|
|
|
|
|
|
nurkasih74 replied at 25-12-2024 07:31 AM
Kenapa takde yg dtg ek? Aku dulu ye.. langsung tak gi konvo sbb kos mahal..
Univ iols dulu hampehh..mak ngan adik iols dtg jauh dari kg, sekali smpai dewan tak dpt masuk sbb seat dah penuh. Pdhal dah allocate for 2 seats for setiap graduan. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki iols kesian..takde gambo konvo sebab keje kat obersea...
Dah ka baru masuk keje baru tau tarikh..mmg idak le dia nak gi...
Dapat le bergambo dgn lecturer je |
|
|
|
|
|
|
|
Gen z ke apa ni? Org x dtg konvo pun nak hati tisu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya. Tumpang sronok tengok moment bahagia mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
ehhhhh perlu ke?
konvo jer pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku dulu masa konvo fikir masa depan jer nk keje apa, dh fikir nk bwa lori jer |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 skrg Tadika pun dh ada konvo. |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyoh acik pakcik kertu ni.
It's the thought that counts la.
Kebaikan dari satu manusia ke manusia lainnua pooonnnn korang nak persoallll sah la dah terlalu lama hidoppp dah terlalu banyak dikhianati sampai nak perli2 genuine kindnessssssssss |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa ada yang kecam...
bukan semua org berjaya graduate dan diraikan....
mereka raikan pegawai mereka ....benda baik....
klu aku pun sedih jua rasanya convo xde siapa2 dtg...huhuhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 25-12-2024 08:09 PM
Aiyoh acik pakcik kertu ni.
It's the thought that counts la.
Hahahahah.
Kadang2 saya rasa, forem ni dipenuhi manusia yg bitter dgn kehidupan sendiri.
Tu yg kerja asyik nak komplen je. |
|
|
|
|
|
|
|
bes nya konvo momen...masa i olls degree convo i olls sama tarikh dgn birthday i olls..byk bunga dapat & hadiah...hihihi... |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 25-12-2024 02:10 PM
ahahahaa...sah2 yg atas2 komen ni semua ummah kertu forum
tp i nak komen gak, bebudak skrg konv ...
Dulu laeeeennnn, sekarang laeeennnnn.
Sebagai contoh, most bebudak U dulu kepam ja bila pi kelas. Pi kelas tak pakai mekap, takat pakai tshirt ngan jeans (U meols la). Nak mekap pun takat pakai compact powder ngan lipstick or lip gloss je la. Gitulah memori meols 20 tahun lepas.
Banding budak2 U sekarang terutama budak UiTM tu, uiiihhhhh pi kelas pun dah macam retis. Kenapa? Mekap ngan baju murah easily available, tutorial mekap ngan cara berfashiun pun bersepah di Youtube. Biar je la youth sekarang enjoice privilege yang kita tak dapat dulu. Sebab tu meols, kalau ada spot check kat sekolah, meols tak tangkap segala perfume ngan mekap tu walaupun langgar peraturan katanya bawak gi sekolah. Biorlah budak2 tu nak bersiap daripada muka berlengas berminyak bau kepam pi sekolah. Ah gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Nurul8001 replied at 26-12-2024 02:23 AM
Hahahahah.
Kadang2 saya rasa, forem ni dipenuhi manusia yg bitter dgn kehidupan sendiri.
Tu yg ke ...
Sebab tu hapa deol komen, nampak sangat projecting laif yang tak indah tew. |
|
|
|
|
|
|
|
i pun xde gmbr konvo jugek..i konvo bln 11 b4 covid muncul..masa tu i dh kt ausie lgpun xde duit nk beli tiket flight balik sbb xkerja..
btw ayah i pun xde jgk masa tu..ayah i xde kt malaysia so mmg tkde bukti la kalau org tny mana gmbr konvo
gmbr masa tadika ada pgg sijil tadika
mcm adik i meriah semua ada...lgpun dia smbg sampai master..myndad sanggup dtg..ank ksygn..
rumah makcik i dia letak semua gmbr konvo ank ank dia kt hall |
|
|
|
|
|
|
|
yihhh org tu dtg rai tak yah la ko pun nk sibuk ambik video dorg
enjoy the moment je la sis
bkn sorang 2, segorombolan dtg support
plus dh ada tukang rakam tu
nnt die share la
btw teringat masa konvo nun jauh di selatan
pegi balik hari
letih dan nk demam rasa
otw balik mlm tu, almost spnjg perjalanan tu duk bersin
6 jam oiii
adoi laaa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|