CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88519|Reply: 2

[Pulau Pinang] 3 eksekutif pemasaran didakwa cederakan peguam guna besi

[Copy link]
Post time 24-12-2024 06:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 24-12-2024 06:14 PM

3 eksekutif pemasaran didakwa cederakan peguam guna besi24 Disember 2024 02:16pm




Tiga eksekutif pemasaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencederakan seorang peguam dengan menggunakan besi pada Oktober lepas. Foto hiasan




GEORGE TOWN - Tiga eksekutif pemasaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang peguam dengan menggunakan besi pada Oktober lepas.

Koay Beng Ghee, 36, Teh Eng Tat, 36, dan Ng Weng Kooi, 41, didakwa bersubahat dengan seorang lagi lelaki yang masih bebas, menyebabkan kecederaan ke atas Beh Hong Shien, 37, menggunakan sebatang besi di tepi Jalan Persiaran Karpal Singh di sini pada jam 9.50 pagi, 22 Oktober lepas.


Ketiga-tiga lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya M Darrshini menawarkan jaminan RM9,000 bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan mereka dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.


Sementara itu, RSN Rayer yang hadir selaku peguam pemerhati memberitahu mahkamah bahawa ia merupakan kes serius berikutan melibatkan seorang peguam dan serangan terhadapnya dilakukan pada waktu siang.

Rayer berkata, sebagai ahli Parlimen, beliau juga telah membangkitkan perkara tersebut di Dewan Rakyat sebelum ini, selain meminta mahkamah turut mengambil kira terdapat kes peguam yang mati dibunuh di Pulau Pinang.


Bagaimanapun, peguam Md Yusuf Md Idris yang mewakili ketiga-tiga tertuduh memohon jaminan rendah iaitu RM3,000 setiap seorang atas alasan kesemua mereka bekerja sebagai eksekutif pemasaran dengan pendapatan RM2,000 sebulan serta menyara keluarga masing-masing.

Beliau turut memohon mahkamah agar tidak mengambil kira status mangsa dalam kes berkenaan kerana menurut Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan, semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan ketiga-tiga anak guamnya masih belum dibuktikan bersalah.


Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti yang dimohon pihak pendakwaan sebelum menetapkan 13 Januari depan untuk sebutan semula kes. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/article/703776/berita/semasa/3-eksekutif-pemasaran-didakwa-cederakan-peguam-guna-besi


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2024 06:18 PM | Show all posts
TIGA penolong eksekutif pemasaran didakwa di mahkamah majistret di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan kepada seorang peguam pada siang hari pada Oktober. FOTO Mikail Ong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2024 06:19 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.116282 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list