CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 81735|Reply: 3

[Pulau Pinang] Jurutera miliki lebih 2,000 bahan lucah di rumah

[Copy link]
Post time 24-12-2024 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Jurutera miliki lebih 2,000 bahan lucah di rumah

Oleh Audrey Dermawan - Disember 24, 2024 @ 1:34pm [email protected]





GEORGETOWN: Sebuah kawasan kejiranan mewah di Bayan Lepas di sini, digemparkan dengan penemuan sejumlah bahan lucah dengan sebahagiannya disyaki bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM), dalam serbuan oleh polis di sebuah rumah, malam tadi.

Suspek yang disoal oleh pihak polis mengenai bahan itu, mengakui suka melihat kanak-kanak kerana mereka 'segar'.

Serbuan di rumah itu adalah sebahagian daripada 'Op Pedo Bersepadu PDRM-MCMC' yang diketuai Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman.

Ia dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menangkap individu disyaki memiliki dan mengedar CSAM.

Operasi membabitkan siri serbuan yang diselaraskan di enam negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Terengganu, Pulau Pinang dan Perak.

Suspek yang juga jurutera berusia 40-an, berada di rumah seorang diri ketika polis melawat rumah tiga tingkat itu manakala isteri dan anak-anaknya sedang bercuti di luar negara.

Suspek membawa pihak berkuasa ke tingkat dua yang mempunyai dua komputer dan polis menemui lebih 2,000 bahan lucah daripada salah satunya.

Suspek memberitahu polis, bahan lucah itu disimpan untuk tontonan sendiri dan mengakui suka melihat kanak-kanak kecil kerana 'segar'.

Polis memeriksa telefon bimbit lelaki itu dan merampas komputer, modem serta 'router'.

Suspek dibawa ke balai polis Bayan Baru dan kes disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

Serbuan ini dilakukan susulan siri laporan New Straits Times (NST) minggu lalu mengenai penjualan kandungan lucah buatan Malaysia termasuk CSAM, yang semakin berleluasa di platform media sosial dan aplikasi mesej.

NST turut mendedahkan bagaimana kandungan CSAM dijual serendah RM1 setiap video, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa mengenai keselamatan anak-anak mereka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian D11 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, dilaporkan berkata, wujud trend yang menunjukkan akses kepada pornografi seperti ini menjadikan pemangsa semakin berani, dengan sesetengahnya cuba menculik kanak-kanak.

Beliau juga menekankan akses mudah kepada kandungan pornografi menyebabkan ketagihan serius sehingga membabitkan kanak-kanak, termasuk murid sekolah rendah, dalam penghasilan dan penjualan kandungan CSAM untuk mendapatkan keuntungan.

Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) memaklumkan kepada NST, penjenayah siber yang terbabit dalam perdagangan CSAM mengeksploitasi teknologi penyulitan canggih untuk mengelak diri daripada ditangkap.

Malaysia, menurut FBI, menjalin kerjasama dengan agensi itu dan entiti antarabangsa lain untuk memanfaatkan koordinasi operasi secara masa nyata bagi menutup sasaran utama dan berimpak tinggi.



Anggota polis memeriksa komputer suspek. - Foto ihsan Polis






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2024 05:27 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2024 12:55 PM | Show all posts
Choii scary nya pedo bangsat macam ni siap beranak pinak lepas tu rupanya eyeing for minors. Moga mampus cepat
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2024 12:58 PM | Show all posts
eiii bodohnyaa. tak sangka org malaysia boleh buat keje jijik macam ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.053615 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list