CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 78748|Reply: 0

[Pulau Pinang] LRT Pulau Pinang dahului senarai projek mega 2025

[Copy link]
Post time 24-12-2024 05:02 PM | Show all posts |Read mode
LRT Pulau Pinang dahului senarai projek mega 2025



Oleh Hazwan Faisal Mohamad - Disember 24, 2024 @ 4:50pm [email protected]




Projek LRT Pulau Pinang - Foto fail NSTP




KUALA LUMPUR: Sektor pembinaan dijangka rancak pada tahun depan dengan beberapa projek mega bakal dilaksanakan, menurut nota penyelidikan MIDF Research.

Projek LRT Pulau Pinang mendahului senarai dengan fasa pertama dijangka bermula. Laluan sepanjang 24 kilometer (km) dari Pulau Silikon ke Komtar ini dianggarkan bernilai RM8 bilion.

Menurut MIDF Research, Gamuda dijangka memperoleh kontrak Segmen 1 ini melalui SRS Consortium Sdn Bhd. Rundingan dengan MRT Corp dijangka dimuktamadkan pada akhir Disember 2024 atau Januari 2025.

Segmen 2 pula, yang membabitkan laluan di atas laut dari Komtar ke Penang Sentral, dijangka akan ditender selepas Segmen 1 menunjukkan kemajuan. IJM Corp, Sunway Construction dan MRCB antara kontraktor yang berminat untuk Segmen 2.
Walaupun projek mega tidak disebut dalam Belanjawan 2025, projek besar seperti HSR KL-Singapura dan pelan regenerasi Lapangan Terbang Subang dijangka dilaksanakan di luar bajet.

HSR, jika diluluskan akan memberi rangsangan besar kepada sektor pembinaan.

Cadangan untuk sistem LRT atau ART di Johor juga sedang dipertimbangkan dengan kerajaan negeri lebih memilih ART.

Tiga laluan sudah dikenal pasti dan dijangka melengkapi RTS antara Johor dan Singapura.

Bagi Laluan Lingkaran MRT3, MIDF Research menjangkakan tender semula akan dilakukan pada akhir 2025.

Kerja pembinaan dijangka bermula pada 2027.

MIDF Research menyatakan kebimbangan mengenai potensi kelewatan projek bangunan tinggi di Lembah Klang akibat keperluan kajian geoteknikal yang lebih ketat susulan kejadian lubang benam di Jalan Raja Laut.

Peningkatan levi pekerja asing, kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 dan cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja bukan warganegara dijangka memberi impak minimum kepada kontraktor besar.

MIDF Research mengekalkan pandangan positif terhadap sektor pembinaan, disokong oleh projek pusat data dan infrastruktur.

Harga besi dan simen stabil dan kontraktor kukuh mampu menjana margin yang lebih baik.

Gamuda, IJM Corp dan Malayan Cement adalah pilihan utama MIDF Research dalam sektor pembinaan.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2024/12/1340876/lrt-pulau-pinang-dahului-senarai-projek-mega-2025






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.048774 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list