CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3667|Reply: 13

[Tempatan] Majoriti rakyat kekal bimbang hala tuju negara di bawah Anwar Ibrahim, menurut kajian

[Copy link]
Post time 24-12-2024 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Majoriti rakyat kekal bimbang hala tuju negara di bawah Anwar, menurut kajian

https://www.malaysianow.com/my/n ... nwar-menurut-kajian

MalaysiaNow
Disember 24, 2024

Kajian mendapati kerajaan masih gagal mendapat sokongan kaum Melayu selepas dua tahun berkuasa dengan pelbagai kempen memenangi hati kaum majoriti itu.



Perdana Menteri Anwar Ibrahim terus berdepan cabaran untuk memenangi hati pengundi Melayu setelah dua tahun mengambil alih kuasa, menurut dapatan kajian terbaru dikeluarkan Merdeka Center yang turut mendapati majoriti rakyat merasakan negara menuju ke arah yang salah.

Kajian dilaksanakan pada November hingga Disember baru-baru ini oleh badan pemikir itu menunjukkan lebih separuh daripada kaum Melayu yang ditinjau berpendapat bahawa negara menuju ke arah yang salah.

Jumlah yang besar di kalangan kaum India turut berkongsi pandangan yang sama.

Sementara itu, kaum Cina, iaitu golongan yang memberikan sokongan padu kepada gabungan Pakatan Harapan pimpinan Anwar, didapati berbelah-bahagi mengenai hala tuju negara.

Merdeka Center bagaimanapun melaporkan kajiannya menunjukkan rating Anwar sebagai perdana menteri meningkat sedikit 1% berbanding tempoh awal November lalu, di mana 54% responden menyatakan berpuas hati dengan beliau.

Pada masa sama, jumlah mereka yang tidak puas hati turut menunjukkan peningkatan, iaitu 2% berbanding tempoh awal November lalu.

Secara keseluruhannya, 53% responden berpandangan negara menuju ke arah yang salah manakala 39% berpendapat negara bergerak ke arah yang betul.

"Sentimen menunjukkan tambah baik beransur-ansur selepas tempoh negatif yang lama, walaupun sentimen negatif kekal dengan saiz yang besar," menurut dapatan yang dikeluarkan Merdeka Center bersempena tahun kedua pentadbiran kerajaan campuran.

Mengikut kategori usia pula, majoriti mereka yang merasakan negara bergerak ke arah yang salah terdiri daripada golongan dalam lingkungan usia 31-40, 41-50 dan 51-60 tahun.

Dari kalangan 1,207 responden yang ditinjau, 47% menekankan masalah ekonomi diikuti dengan pentadbiran tidak cekap, ketidakstabilan politik, kepimpinan lemah dan isu perkauman.

Di bawah kategori ekonomi, sebab utama mereka merasakan hala tuju negara adalah salah ialah keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan, kos sara hidup yang tinggi, gaji minimum dan ringgit yang lemah.

"Isu-isu yang mendorong motivasi pengundi kekal tidak berubah: ekonomi dan inflasi. Kegusaran terhadap ketidakstabilan kian pudar, tetapi ada peningkatan dari segi identiti politik (perlindungan terhadap hak-hak Melayu)," tambahnya.

Majoriti (52%) meluahkan rasa tidak puas hati dengan prestasi kerajaan dalam menjana pertumbuhan ekonomi, 64% tidak puas hati dengan langkah mengawal kos sara hidup, manakala kurang 50% merasakan kerajaan memberikan bantuan kewangan kepada golongan susah.

Isu-isu politik termasuk kebajikan rakyat, ketidakstabilan politik dan korupsi.

Majoriti (52%) menyatakan rasa tidak puas hati dengan prestasi kerajaan melawan korupsi, walaupun ia menjadi slogan utama Anwar dalam setiap ucapan beliau dalam dua tahun pentadbirannya.

Sementara hanya 42% merasakan kerajaan mengamalkan kedaulatan undang-undang, satu lagi elemen yang sering ditekankan Anwar dalam menyokong tindakan pihak berkuasa terhadap pemimpin pembangkang.

Secara keseluruhan, dapatan tersebut antara lain menunjukkan rakyat masih berbelah-bahagi berhubung prestasi kerajaan, dengan hanya 51% berpuas hati manakala 47% lagi tidak berpuas hati walaupun selepas dua tahun pelbagai kempen dan slogan dilancarkan oleh pentadbiran Anwar yang menggunakan tema Madani.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2024 06:45 PM | Show all posts
Nak ingin tahu .. pengundi atau pemilih berbangsa apa yang paling "bimbang" terhadap kepemimpinan PMX ini ... Bangsa Melayu, China atau India ?
  
Ada satu item yang paling penting X ditanyakan dalam survei itu  yaitu terkait janji PMX Anwar yang nak menghapus politik perkauman dan racism di Malaysia (terutama kepada bangsa bukan melayu) yang hingga kini X ada progress sama sekali .....






Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kat berita tv3 suku kemain cakap rakyat bpuas hati kepimpinan pm,disukai ramai,yg terbaik sume tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 01:42 AM | Show all posts
zuuu replied at 24-12-2024 05:35 PM
Tapi kat berita tv3 suku kemain cakap rakyat bpuas hati kepimpinan pm,disukai ramai,yg terbaik sume  ...

i pun dengar bende yang sama. berita 8 malam. tv3
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bottombikini at 25-12-2024 08:34 AM

kat mana dia buat kajian ni
buat la secara public semua nak vote gak

smlm pagi dgr kat radio pun katanya sokongan meningkat
menipuuu je keje korang yg kat bilik berita ni eh
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah game kerajaan, nnt 2 tahun terakhir penggal dia akan bagi manis2 ok lah tu.....

Memula mmg lah struggle sbb kena buat unpopular decision mcm targeted subsidy bagai tu...... Nnt dekat jer GE byk lah angka2 cantik, bonus gomen cantik, dividen ASB cantik, dividen EPF cantik, hibah TH pun cun.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2024 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh jadi terbalik. Yang xpuas hati tu yang makan rasuah. Takut harta disita. Setakat ni banyak je berita kes rasuah besar2 dapat ditumpaskan
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni jadi pm sekadar nak penuhi impian dia je. Dah tercapai impian kan...so lps ni tak yah la gatai nk jadi pm lagi..bagi la org lain yg lebih berbakat mentadbir. Dan tak payah la pusing2 muka2 dinosor yg sama je. Rakyat Malaysia ni ada berjuta kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2024 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana tak bimbang. Masa jadi pembangkang semua orang salah seolah² dah jatuh hukum. Tak boleh lantikan politik bagai.

Tapi bila jadi kerajaan mcm² alasan diberi. Boleh lantik politik janji ada pengalaman & pendidikan. Yg lepas mahkamah, beri alasan dulu dakwa tergesa² bersifat politik. Pulak.

Habis yang dulu dikompang tue buat² lupa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
rakyat mana yg bodo sgt tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
lagi  bimbang sapa dibelakang yang dok bagi gaji
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 25-12-2024 10:33 AM
Mana tak bimbang. Masa jadi pembangkang semua orang salah seolah² dah jatuh hukum. Tak boleh lantik ...

Nxt  pru  agaknya apa la modal nk kelentong kt rkyt, x kan nk recycle menang hari ni lg esok 24j turun minyak? Nk modal sakau2 dia plk jd pelindung pensakau atau dia buat kempen menang hari ni esok rkyt msia dpt rumah sorang sebijik free termasuk la pati rohingya
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2024 04:22 PM | Show all posts
Majoriti bimbang.

Tapi news headline semua angkat bakul.


Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2024 04:51 PM | Show all posts
Tau tak kenapa bangnon tak boleh buat banyak yang dijanji. Sebab sebenarnya dia tak menang pun.

Siapa suruh korang tak undi DAP hadap ja lah memang negara tak berubah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.133590 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list