CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33122|Reply: 0

[Kedah] KPDN Kedah letak pegawai menyamar bantu pantau peniaga menjelang Krismas

[Copy link]
Post time 23-12-2024 06:17 PM | Show all posts |Read mode
KPDN Kedah letak pegawai menyamar bantu pantau peniaga menjelang Krismas

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Disember 23, 2024 @ 5:32pm [email protected]





Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin bercakap kepada pemberita pada Program Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas Tahun 2024 di Mydin Taman Saga. - Foto NSTP/ WAN NABIL NASIR.





ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah akan menempatkan pegawai untuk melakukan penyamaran di premis perniagaan sepanjang Skim Harga Maksimun Musim perayaan (SHMMP) 2024 sempena Krismas.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, langkah itu bertujuan membendung salah laku peniaga daripada menaikkan harga sesuka hati serta menyorok barang kawalan ketika musim perayaan.

Beliau berkata, jika pihaknya menerima aduan daripada pengguna berkaitan kenaikan harga mendadak atau sorok barang, pihaknya akan melakukan penyamaran terlebih dahulu sebelum pemeriksaan dilakukan.

"Sehubungan itu, saya memberi amaran tegas kepada peniaga supaya tidak menyorok bekalan terutamanya minyak masak dan barangan lain.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya didapati ada peniaga yang melakukan kesalahan berkenaan.

"Pegawai KPDN Kedah sentiasa ada di mana-mana, oleh itu jangan ada peniaga yang melakukan kesalahan walaupun ketika bukan musim perayaan," katanya ketika melakukan pemantauan SHMMP 2024 di Pasaraya Mydin Taman Saga, Alor Mengkudu, hari ini.

Muhammad Nizam berkata, SHMMP 2024 bermula hari ini sehingga 27 Disember membabitkan sembilan daripada 14 jenis barangan yang dikawal di Kedah iaitu daging kambing biri-biri bertulang import, kubis bulat import, lobak merah, tomato, cili merah, lada benggala hijau, bawang merah besar import, bawang kuning besar import dan ubi kentang import (China).

"Daripada sembilan barangan itu, lima daripadanya mengalami penurunan harga dan empat jenis barangan lain kekal seperti harga tahun 2023," katanya.

Menurutnya lagi, lebih 180 pegawai penguat kuasa KPDN Kedah akan ditugaskan di lokasi seperti pasar awam, pasar tani, dan pusat beli belah barangan keperluan perayaan untuk pemeriksaan.

Katanya, sepanjang tahun ini, KPDN Kedah menerima 1,693 aduan dan yang mana sebanyak 137 aduan berkaitan minyak masak dan 228 berkaitan aduan barang kawalan lain.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, lapan kes berkaitan minyak masak sudah diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 manakala enam kes dihasilkan daripada aduan kenaikan bagi kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Semua peniaga diingatkan supaya mematuhi harga yang ditetapkan dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya.

"Tindakan tegas akan diambil sekiranya peniaga gagal mematuhi peraturan di bawah skim ini di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti Kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh didenda di mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau dikompaun sehingga RM50,000 bagi individu.

"Bagi kesalahan syarikat pula boleh didenda RM50,000 atau dikompaun sehingga RM250,000," katanya.

Muhammad Nizam berkata, bagi kesalahan gagal meletakkan tanda merah jambu bagi barangan harga terkawal pula boleh didenda di mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 bagi individu manakala syarikat pula boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

Dalam pada itu, KPDN Kedah turut melakukan Jualan Rahmah Madani sempena SMMPK 2024 di pasaraya ini yang dijual iaitu sebanyak 35 item barangan keperluan asas seperti beras putih, tepung gandum, kentang, bawang putih, bawang merah, mee kuning, minyak masak, serbuk kari, biskut, roti, ayam, telur ayam, kicap, sos cili, sabun cuci baju dan pinggang.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/12/1340513/kpdn-kedah-letak-pegawai-menyamar-bantu-pantau-peniaga-menjelang





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.206086 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list