CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17012|Reply: 4

[Kedah] Setengah jam keluarkan ular tedung selar dari mesin basuh

[Copy link]
Post time 23-12-2024 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Setengah jam keluarkan ular tedung selar dari mesin basuh

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Disember 23, 2024 @ 8:39am [email protected]





Anggota BBP Sik ketika melakukan operasi mengeluarkan ular tedung selar yang bersembunyi dalam mesin basuh di sebuah rumah di Kampung Paya Terendam. - Foto ihsan Bomba





SIK: Anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan seekor ular tedung selar yang bersembunyi dalam mesin basuh di sebuah rumah di Kampung Paya Terendam, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kehadiran ular itu pada jam 3.33 petang semalam.

Beliau berkata, sepasukan anggotanya yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sam Khan a/l Prak Prom Keu bersama enam anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Anggota kami melakukan pencarian termasuk menggeledah kawasan dapur namun tidak menemui reptilia berkenaan namun mengesyaki ia berada dalam mesin basuh selepas terdengar dengusan ular berkenaan dari situ.

"Berikutan itu, anggota kami kemudian mencari ular tedung selar dalam mesin basuh itu yang mengambil masa kira-kira 30 minit.

"Operasi dilakukan dengan berhati-hati untuk memastikan keselamatan penghuni rumah itu yang mempunyai dua anak kecil dan bimbang ular itu keluar dari mesin terbabit secara terkejut," katanya.


Anak ular tedung selar yang bersembunyi dalam mesin basuh di sebuah rumah di Kampung Paya Terendam. - Foto ihsan Bomba

Zulkhairi berkata, pasukan bomba bertindak mengalihkan mesin bagi mengeluarkan ular dan operasi dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan peralatan elektrik itu menjadi rosak dan ular berjaya ditangkap menggunakan penjerut.

Beliau berkata, patukan ular tedung selar itu boleh mengancam nyawa manusia dengan cepat.

"Untuk rekod, 13 panggilan khidmat khas ancaman ular direkodkan selepas sebulan tempoh banjir melanda di daerah Sik.

"Sepanjang tahun ini pula, sebanyak 137 kes tangkapan ular dihadiri oleh anggota BBP Sik dari pelbagai jenis spesis.

"Saya menasihatkan penduduk di daerah ini supaya menjaga kebersihan rumah kerana ular biasanya suka berlindung di tempat tertentu yang lembap dan berair di dalam rumah penduduk untuk berehat selain mencari makanan.

"Hubungi pasukan penyelamat jika ular memasuki kediaman rumah terutama ketika cuaca panas waktu ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1340269/setengah-jam-keluarkan-ular-tedung-selar-dari-mesin-basuh





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2024 10:26 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 02:09 PM | Show all posts
Terima kasih kepada abang bomba
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 02:16 PM | Show all posts
ngeri
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 02:34 PM | Show all posts
bagi je la mesin tu kat dia..
korang beli lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.114642 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list