CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 77559|Reply: 0

[Kedah] Skim Takaful Tanaman Padi: Permudahkan dokumentasi, saran daftar automatik

[Copy link]
Post time 21-12-2024 01:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 21-12-2024 01:16 AM

Skim Takaful Tanaman Padi: Permudahkan dokumentasi, saran daftar automatik

ROSLINDA HASHIM
20 Disember 2024 06:02pm




Kerajaan diminta mempermudahkan proses permohonan STTP melibatkan pesawah yang mengalami kerugian dalam tanaman padi. Gambar hiasan




ALOR SETAR - Kerajaan diminta mempermudahkan proses permohonan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) melibatkan pesawah yang mengalami kerugian dalam tanaman padi.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, sebahagian besar pesawah belum mendaftar skim berkenaan disebabkan terdapat beberapa kerumitan yang terpaksa dihadapi.



]
Abdul Rashid




Menurutnya, antaranya proses dokumentasi didakwa agak rumit selain pendaftaran baharu yang perlu dilakukan oleh pemohon.

Pada peringkat awal pelaksanaan STTP, maklum balas yang kami terima ialah mengenai dokumentasi yang menjadi rungutan pesawah.


“Sekiranya melibatkan bendang disewa agak rumit kerana antara syarat diletakkan pihak bank dokumentasi ialah surat perjanjian, ia menyukarkan pesawah yang hanya menyewa bendang untuk diusahakan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Abdul Rashid berkata, PeSAWAH mencadangkan agar diwujudkan kolaborasi atau koordinasi bersama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk menyelaras permohonan STTP berikutan data pesawah berdaftar disimpan oleh PPK masing-masing.


“Skim ini bagus kerana beri nilai tambah kepada pesawah cuma dari sudut pelaksanaan dan mekanisme agak rumit dan mungkin ia boleh dinilai semula.



“Sebagai contoh, pihak bank memberi kepercayaan kepada PPK untuk laksanakan pendaftaran dan permohonan, cuma pembayaran dibuat secara terus oleh bank.

“PPK sudah lama terbabit dalam hal-hal berkaitan tuntutan dan berpengalaman untuk uruskan, secara tidak langsung mempermudahkan semua pihak,” katanya.

Menurutnya lagi, PeSAWAH turut mencadangkan agar pesawah yang mendaftar di PPK secara automatik didaftarkan bawah STTP.


“Ramai pesawah belum daftar STTP kemungkinan disebabkan kefahaman mengenai keperluan berbuat demikian, untuk itu perlu ada satu kemudahan untuk mereka daftarkan, maksudnya daftarkan secara automatik.

“Tak perlu lagi isi borang baharu, sebab data pesawah yang didaftarkan ada di PPK atau Padiberas Nasional Berhad (Bernas),” jelasnya.

Abdul Rashid berharap tuntutan STTP dipermudahkan dan tidak disamakan dengan tuntutan insurans lain seperti kemalangan.

“Kerajaan salurkan RM50 juta dan ia merupakan jumlah yang besar dan kami ucap terima kasih atas keprihatinan ini.

“Cuma pelaksana seperti bank perlu permudahkan urusan dan tidak samakan STTP dengan tuntutan insuran lain. Ia berbeza kerana melibatkan keluasan dan kerugian yang besar. Sudah pasti ada kaedah atau kerjasama yang boleh dijalin dengan PPK.

“Kolaborasi atau koordinasi semua pihak melibatkan stakeholder terbesar iaitu pesawah, kerajaan, agensi berkaitan perlu ada kerjasama baik supaya aktiviti penanaman padi lancar dan tidak terganggu,” katanya.

Abdul Rashid tegaskan, PeSAWAH bukan membantah pelaksanaan STTP namun sekadar memberi input penambahbaikan untuk membantu pesawah terjejas.

”Sekadar ingatan mesra dan sebagai penggerak untuk menjaga kebajikan pesawah yang dilihat semakin tertekan dengan pelbagai isu.

“Kita harapkan kerajaan serius menangani isu-isu berbangkit khususnya yang sering menghantui industri padi dan beras negara,” katanya.

Pada masa sama, PeSAWAH bersyukur dengan Bantuan Wang Ihsan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) yang sudah disalurkan kepada pesawah terlibat.

“Bantuan tersebut sudah diterima pesawah yang terlibat dengan banjir September lalu. Ada sebahagian pesawah mengalami banjir kali kedua selepas itu dan belum mendapat hasil sejak awal sedangkan kos sudah banyak dikeluarkan.

“Bantuan seumpama dapat meringankan beban pesawah selain Bantuan Khas Sumbangan Tunai (BKST) sebanyak RM200 sebulan.

“Ia alternatif yang baik untuk pesawah meneruskan aktiviti penamaan padi yang semakin mencabar antaranya disebabkan perubahan iklim, selain jangkaan cuaca ekstrem pada musim hadapan,” katanya.

Pada Khamis, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyerahkan BKST Fasa 2 berjumlah RM26,483,400 kepada 44,139 pesawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi meringankan beban golongan tersebut.

Turut diagihkan bantuan TBTP berjumlah RM10,488,321.60 kepada 4,854 pesawah terjejas akibat banjir.

Beliau turut menyarankan pesawah menyertai STTP sebagai perlindungan menghadapi risiko terjejas tanaman padi disebabkan faktor bencana seperti banjir, kemarau atau ribut termasuk penyakit tanaman atau perosak.

Ia bagi membolehkan pesawah menerima pampasan atau bantuan kewangan apabila mengalami kerugian sewaktu mengusahakan penanaman padi.


https://www.sinarharian.com.my/article/703233/edisi/utara/skim-takaful-tanaman-padi-permudahkan-dokumentasi-saran-daftar-automatik


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.042164 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list