CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67068|Reply: 0

[Kedah] Pelajar lelaki maut terbabit kemalangan 10 motosikal

[Copy link]
Post time 20-12-2024 07:23 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar lelaki maut terbabit kemalangan 10 motosikal

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Sebahagian daripada 10 motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 79.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, tengah malam tadi. FOTO IHSAN Polis




Sungai Petani: Seorang pelajar lelaki maut selepas motosikalnya terbabit dalam kemalangan membabitkan 10 motosikal di Kilometer 79.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, tengah malam tadi.

Mangsa, Muhammad Amirul Ahmad, 20, beralamat di Kubang Rotan, Alor Setar mengalami pelbagai kecederaan di badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 12.10 tengah malam tadi yang membabitkan 10 motosikal yang kebanyakannya jenis Y15ZR dan Honda C100 serta Honda NF100.

Menurutnya, kesemua penunggang motosikal terbabit dalam perjalanan dari arah Gurun menghala ke Alor Setar.

"Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati lima motosikal sedang bergerak terus di kedudukan hadapan menghala ke Alor Setar.

"Namun sebaik sampai di tempat kejadian, motosikal Honda C100 yang ditunggangi pelajar terbabit yang datang dari arah belakang masuk di tengah antara lima motosikal itu sebelum bergesel dengan yang lain dan terjatuh.

"Kesan dari bergesel itu mengakibatkan enam motosikal terbabit terjatuh di lorong kiri dan kemudian datang empat motosikal dari arah belakang tidak sempat mengelak dan berlanggar satu sama lain sebelum terjatuh diatas jalan raya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata, jenazah pelajar itu di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk proses bedah siasat.

"Kesemua mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Pendang dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,," katanya.

Menurutnya lagi, kesemua 10 penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu berasal dari Pendang, Alor Setar dan Kubang Pasu.

Bagaimanapun katanya, mereka bergerak secara berasingan dan bukannya rakan.



Disiarkan pada: Disember 20, 2024 @ 6:25pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1168300/pelajar-lelaki-maut-terbabit-kemalangan-10-motosikal




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.118530 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list