CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52600|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerana lipas, sebuah premis makanan diarah tutup 14 hari

[Copy link]
Post time 20-12-2024 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Kerana lipas, sebuah premis makanan diarah tutup 14 hari

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




PREMIS makanan di Bukit Jambul di sini,diberi notis penutupan selama 14 hari susulan penemuan lipas di ruang dapur. FOTO ihsan MBPP




Georgetown: Premis makanan di Bukit Jambul di sini, diberi notis penutupan selama 14 hari berkuat kuasa semalam, susulan penemuan lipas di ruang dapurnya.

Ketika diperiksa menerusi Operasi Kebersihan Establisymen Makanan, ruang dapur premis berkenaan berada dalam keadaan tidak memuaskan.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata, operasi yang dikendali oleh Jabatan Pelesenan dan Unit Tred, Industri dan Establisymen Makanan Zon Selatan itu berlangsung selama hampir lima jam.

"Sebanyak lapan premis di kawasan itu diperiksa, namun satu daripadanya diberi notis penutupan.

"Arahan penutupan premis itu adalah berdasarkan penemuan urungan lipas dan ruang dapur yang tidak memuaskan," menurut MBPP dalam satu kenyataan di Facebook sini, hari ini.

Menurut MBPP, sebanyak lima notis tawaran kompaun (NTK) turut dikeluarkan berdasarkan pelbagai kesalahan.

Antaranya adalah meletak bahan makanan kurang 20 sentimeter dari paras lantai, kondisi tandas yang tidak bersih dan tidak mengambil langkah sesuai bagi elak makanan tercemar.

"Pemantauan dan pemeriksaan mengejut ke semua premis makanan di bahagian pulau negeri ini diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebersihannya dan mencapai piawaian pemarkahan yang sudah ditetapkan.

"Selain daripada memberi khidmat nasihat mengenai aspek kebersihan, peringatan juga diberi kepada peniaga mengenai larangan penggunaan penyedut minuman plastik di premis makanan dan minuman yang berkuatkuasa sejak 1 Oktober lalu," menurut MBPP.



Disiarkan pada: Disember 20, 2024 @ 2:59pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1168228/kerana-lipas-sebuah-premis-makanan-diarah-tutup-14-hari




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.078970 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list