CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37780|Reply: 0

[Perlis] Parkir bertingkat akan dibina berhampiran terminal feri Kuala Perlis

[Copy link]
Post time 20-12-2024 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Parkir bertingkat akan dibina berhampiran terminal feri Kuala Perlis

BERNAMA - Disember 20, 2024 @ 12:43pm



Penumpang menaiki feri di Terminal Feri Kuala Perlis. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir




KANGAR: Sebuah parkir bertingkat dengan kapasiti 690 lot parkir akan dibina berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, dekat sini dalam usaha meningkatkan kemudahan untuk pelancong, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Affendi Rajini Kanth.

Beliau berkata pembinaan parkir tujuh tingkat itu mendapat kelulusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan pembinaannya dijangka bermula tahun depan, dan dijangka siap pada 2026.

"Kami berterima kasih kepada KPKT atas kelulusan yang diberikan bagi membantu menangani masalah kekurangan parkir di kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang sempena 100 hari pentadbirannya sebagai Yang Dipertua MPK di sini.

Sementara itu Affendi berkata MPK akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menguatkuasakan larangan pembuangan sampah termasuk mengenakan kompaun secara terus di lokasi bagi kesalahan seperti membuang puntung rokok.

"Denda yang dikenakan antara RM10 dan RM50, bagaimanapun kita akan mulakan dengan proses mendidik masyarakat dari Januari hingga Mac 2025, sebelum menguatkuasakan larangan ini," katanya.

Sementara itu beliau berkata pihaknya berhasrat memohon kepada kerajaan negeri untuk menukarkan nama MPK kepada Majlis Perbandaran Perlis.

Affendi berkata nama MPK sering menimbulkan persepsi salah dalam kalangan umum bahawa kawasan perkhidmatan pihaknya hanya terhad di sini, sedangkan mereka bertanggungjawab bagi seluruh Perlis.

"Ini antara usaha kita untuk menjadikan Perlis sebagai bandar pintar, bukan sekadar Kangar tetapi seluruh negeri. Kami menjangkakan usaha penjenamaan semula ini akan dilaksanakan tahun depan," katanya.

Sementara itu beliau berkata MPK akan melaksanakan sistem aplikasi pintar letak kereta bermula Januari ini dengan fasa awal melibatkan bandar ini sebelum diperluaskan ke seluruh Perlis dengan lebih 8,500 lot parkir akan disediakan menerusi aplikasi berkenaan.

"Aplikasi ini telah dibangunkan dan bersifat integrasi, yang membolehkan pengguna di Perlis dan luar Perlis turut mengakses perkhidmatan parkir pintar ini. Projek ini merupakan sebahagian usaha MPK untuk meningkatkan sistem pengurusan parkir yang lebih efisien," katanya. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1339290/parkir-bertingkat-akan-dibina-berhampiran-terminal-feri-kuala-perlis





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.050436 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list