CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7696|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hias rumah suasana Krismas tarik perhatian pelbagai kaum

[Copy link]
Post time 19-12-2024 01:29 PM | Show all posts |Read mode
Hias rumah suasana Krismas tarik perhatian pelbagai kaum

Nur Izzati Mohamad[email protected]




Luar perkarangan rumah Charles. FOTO Nur Izzati Mohamad




Butterworth: Tindakan suami isteri menghias bahagian luar dan dalam rumah dengan suasana perayaan Krismas di Taman Teluk Molek, di sini, menarik perhatian pelbagai kaum untuk berkunjung ke kediaman mereka.

Kebiasaannya, Charles Dorney, 52, dan isteri Christe Samasundram, 47, akan meraikan Krismas di luar negara, namun mereka mahu menyambut perayaan terbabit di rumah baharu mereka tahun ini kerana baru berpindah.

Kontraktor itu berkata, bagi menghidupkan suasana perayaan Krismas, dia menghias kediamannya dengan perhiasan pokok dan lampu serta patung angin 'Santa Claus' dan orang salji.

"Memang kami hias suka-suka sahaja bermula dari awal November lalu sebab baru pindah di sini.

"Seronok sangat bila tengok ramai yang gembira hingga banyak orang termasuk kaum Cina dan Melayu datang rumah kami sebab nak tengok serta bergambar.

"Kami tidak sangka sampai viral (tular) di media sosial," katanya ketika ditemui, malam tadi.

Sementara itu, Christe berkata, orang ramai sanggup datang dari jauh semata-mata untuk melihat kediaman mereka dan mahu mengabadikan kenangan menerusi gambar.

"Kami sekeluarga memang berbesar hati dengan kehadiran mereka yang datang jauh... ada dari Kulim, Kedah dan Taiping, Perak.

"Inilah keunikan Malaysia walaupun tidak mengenali, tetapi sifat saling hormat menghormati bagi setiap perayaan amat tinggi yang mengeratkan perpaduan," katanya.

Katanya, lampu hiasan akan dibuka dari 6 petang hingga 1 pagi setiap hari sehingga sambutan Tahun Baharu 2025.

Pengunjung Farah Rozaini, 30-an, berkata dia datang membawa anak-anak untuk menyaksikan suasana rumah berkenaan dihiasi lampu yang sangat indah.

"Selalu kita tengok perhiasan macam ini di kompleks beli-belah dan pasar raya, tetapi ini kali pertama tengok hiasan seperti ini di rumah.

"Tidak ada niat apa pun, cuma seronok tengok hiasan macam ini dan tak sangka tuan rumah menerima kedatangan kami," katanya yang menetap di Kulim, Kedah.



Disiarkan pada: Disember 19, 2024 @ 1:17pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1167878/hias-rumah-suasana-krismas-tarik-perhatian-pelbagai-kaum




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.219310 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list