CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8784|Reply: 0

[Pulau Pinang] Solehin mengaku rempuh polis

[Copy link]
Post time 18-12-2024 01:51 PM | Show all posts |Read mode
Solehin mengaku rempuh polis

Audrey Dermawan - Disember 18, 2024 @ 1:13pm[email protected]




Muhamad Solehin dikawal polis ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. - NSTP/DANIAL SAAD




BUTTERWORTH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merempuh anggota polis dalam kejadian berhampiran Pangsapuri Taman Seruling Emas di Nibong Tebal, bulan lalu.

Muhamad Solehin Abdul Azih, 31, didakwa di hadapan Hakim Nor Azah Kasran mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanan yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Solehin mengaku bersalah memandu kereta merempuh anggota polis, Amir Ilyas, 27, sekitar jam 4.26 pagi pada 26 November, dengan mengetahui tindakannya boleh menyebabkan kematian mangsa.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Rafaie Mohamed Riyaludin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Rafaie meminta mahkamah menetapkan tarikh lain sementara menunggu laporan perubatan dan tidak menawarkan ikat.

Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin oleh mahkamah yang akan menetapkan satu tarikh kemudian untuk penjatuhan hukuman dan menunggu laporan perubatan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1338483/solehin-mengaku-rempuh-polis





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.043087 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list