View: 33509|Reply: 19
|
‘Buat suami, sebagai isteri saya bangga dengan awak’ - Lana Nodin
[Copy link]
|
|
Bersyukur menjadi tetamu Allah, pelakon Lana Nodin mengakui berbangga terhadap kesungguhan suaminya, Mohd Daud Mckenzie menyempurnakan ibadah umrah.
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin, 44, pengalaman sepanjang berada di Tanah Suci Mekah bersama anak-anak mereka turut menambahkan rasa hormat terhadap teman hidupnya itu.
“Alhamdulillah, saya bangga sebagai isteri, ibu dan anak untuk suami, permata hati serta orang tua saya kerana dapat menyempurnakan umrah pertama kami sekeluarga.
“Terima kasih Allah kerana melancarkan ibadah serta barakah, menjemput kami datang dan memakbulkan doa saya.
“Terutama buat suami saya, sebagai isteri saya sangat berbangga dengan awak. Tiada perkataan dapat menggambarkan rasa gembira, sayang dan bangga saya terhadap awak,” katanya menerusi hantaran Instagram.
Dalam video dikongsikan, Lana kelihatan menangis sehingga bercucuran air mata ketika tawaf sambil memegang tangan dua anaknya.
Menerusi paparan sama, turut dikongsikan adalah semasa Daud mengandar anak lelaki mereka.
Pelakon yang sinonim dengan imej seksi sejak 2005 itu juga tidak lupa menzahirkan kesyukuran atas hidayah dikurniakan Allah kepadanya.
Menerusi ruangan komen rata-rata memberikan pujian dengan menyifatkan Lana mampu mendidik suaminya juga mualaf ke arah kehidupan mengikut jalan Allah.
“Dalam ramai artis yang berkahwin dengan mualaf, Lana bagus sebab dapat didik suami dan anak-anak. Alhamdulillah,” kata netizen.
“Indahnya hidayah Allah. Selalu akan rasa syahdu lihat mualaf bersungguh-sungguh beribadah,” tulis peminatnya.
Sebelum ini Lana mengakui sepanjang 10 tahun memeluk Islam Daud banyak bertanya dan belajar agama sehingga boleh mengajar anak mereka khususnya bersolat.
Perkahwinannya dengan pemain bola tampar asal Amerika Syarikat pada 15 Mei 2015 dikurniakan Gia Quinn Mckienzie, 8, dan William Daud Mckienzie, 5.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam video dikongsikan, Lana kelihatan menangis sehingga bercucuran air mata ketika tawaf sambil memegang tangan dua anaknya.
Sungguh aku x paham, sanggup tu ibadah sambil rakam2.
Lagi satu aku x paham gi kubur nangis2 tp sempat nk rakam.
Aku tgk kucing comel tepi jalan pun x terfikir nak rakam."
Pikir nak picit2 muka kucing tu dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ok2 je la kalau tak tak meroyan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sayawifenikmie at 18-12-2024 12:21 PM
dia share perkara baik
tak perlu lah nak kutuk
tak salah pun dia nak rakam
as long as dia tak rakam ketika ibadah sedang dilaksanakan
nampak dia berjaya didik si daud ni
dia pun pelan2 berubah
dia pun tidak nampak berjahit phone di tangan
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah sharing mcm ni ok je. Bukan senang nak bawak org yg baru kenal islam betul betul mendekati agama. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, tahniah Lana sbb bjaya bimbing suami. Bukan sume org mampu buat mcm ape yg dia buat, pd hal dia artis je |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Tahniah. Semoga umrah mabrur. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ok je dgn dia ni kecuali kadang2 ada la buat rengsa. Tapi sbg isteri kira dia boleh lah membentuk laki dia.
Aku cuma x brp bekenan part menangis2 sambil rakam muka menangis masa di kaabah. aptb |
|
|
|
|
|
|
|
Whitney72 replied at 17-12-2024 09:53 PM
Konten menyucikan diri nk suruh biznez laku....tp bila balik umrah...menyeksi cam biasa, bz body hal ...
Orang cantik memang macam ni agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Antara muallaf yg kawen dgn artis /celebrity Malaysia ni ,iols rasa laki Lana ni antara yg nampak mcm mudah dibentuk .Sesetengah artis tu kawen dgn muallaf, diaorang yg ikut laki /bini |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju ngan komen2 kat atas.. antara artis yg kahwin mat saleh tapi boleh bawak suami kpd agama. Walaupun dari segi betul ke tidak.. semata content je ke.. antara dia dgn Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
bole geng ngan Sasa 30K "my muallaf husband" |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah.. mana yang baik kita sokong.. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah
i can see that too
semoga istiqamah lah lana n laki dia ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Oklah dia ni ada juga usaha nak betul2 Islamkan husband dia.
Tengok ex janda lapar si Haniz Haizi Hamid dengan Rahman Amougou tu..baca alif, ba, ta …pun x pernah ajar kut
Tadi lalu lalang kat IG mak, ex datin yang suka bogel ala2 bintang porno pun pegi umroh. Moga dapat umroh yang mabrur kome2 ya! |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kakpam LA akan dapat membawa laki waiter kiriman Tuhan sheols ke Mekah nanti. Amin. sheols kan dulu rajin juga mencirit di IG acik lana ni khen. Gitew meols mendoakan sheols. |
|
|
|
|
|
|
| |
|