CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37325|Reply: 0

[Kedah] Tukang sapu didenda RM80,000 sebar klip video lucah berkumpulan bersama isteri

[Copy link]
Post time 17-12-2024 05:37 PM | Show all posts |Read mode
Tukang sapu didenda RM80,000 sebar klip video lucah berkumpulan bersama isteri

Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Disember 17, 2024 @ 4:56pm [email protected]




Pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (kiri) mengiringi Kamarulnazri Desa@Yahaya, 45, (kanan) yang mengaku salah menghantar video sumbang dan lucah berkumpulan selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar di sini, hari ini. - Foto NSTP / WAN NABIL NASIR




ALOR SETAR: Seorang tukang sapu dijatuhkan hukuman denda RM80,000 kerana didapati bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan menghantar video sumbang dan lucah berkumpulan bagi tujuan komersial awal tahun lalu.

Tertuduh Kamarulnazri Desa@Yahaya, 45, yang menetap di Taman Bersatu, Jitra, dijatuhkan hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara sedar menggunakan akaun aplikasi X '@Ayie_Noryn2016' untuk memulakan penghantaran komunikasi iaitu video sumbang dan lucah bagi tujuan menyakitkan hati orang lain pada 26 Januari dan 4 Februari lalu.

Tertuduh turut didakwa secara sedar menyebarkan komunikasi lucah menggunakan akaun X'@Ayie_Noryn2016' iaitu video melalui pautan aplikasi Telegram 'SU: GROUP Collection 4th dan 6th' bagi tujuan komersial kepada orang lain pada 8 Februari dan 17 Februari lalu.

Semua kandungan itu dilihat pihak berkuasa di Ibu Pejabat Polis Daerah (PD) Kubang Pasu, Jitra pada 20 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) dan 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes juga, tertuduh didapati menjual kandungan video seks berkumpulan terbabit pada harga RM100 berdasarkan resit bayaran yang ditemui pihak berkuasa ketika melakukan siasatan.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Fatin Hadni Khairuddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dalam rayuannya meminta hukuman ringan dikenakan ke atasnya berikutan hanya bekerja sebagai pekerja am pembersihan dengan pendapatan RM1,500 sebulan dan masih menyara isteri dan empat anak termasuk dua yang masih menuntut di universiti selain menjaga nenek yang uzur.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan meminta hukuman berat dijatuhkan berikutan tindakannya memuat naik klip video mempromosi kegiatan seks berkumpulan termasuk video hubungan isterinya bersama lelaki lain sambil disaksikan tertuduh.

Fatin Hadni dalam mitigasinya menjelaskan, video berkenaan kemudian dijual kepada orang ramai dan pemeriksaan SKMM mendapati terdapat banyak koleksi video milik tertuduh di pautan media sosial yang dimuatnaiknya sejak 2016.

Berikutan itu, beliau meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh sebagai pengajaran kepadanya dan pelaku lain yang terbabit bagi menghalang aktiviti seks bebas ini terus berleluasa termasuk jika kandungan terbabit diakses kanak-kanak.

Hakim kemudian menetapkan tertuduh dikenakan denda RM80,000 atau penjara dua tahun sekiranya gagal membayar hukuman berkenaan.

Sementara itu, sehingga jam 4 petang tadi, tertuduh gagal membayar denda yang dikenakan ke atasnya dan akan dibawa ke Penjara Pokok Sena bagi menjalani hukuman penjara yang ditetapkan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1338169/tukang-sapu-didenda-rm80000-sebar-klip-video-lucah-berkumpulan-bersama





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.052289 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list