CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25105|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki Myanmar jatuh sungai ditemui lemas

[Copy link]
Post time 17-12-2024 05:12 PM | Show all posts |Read mode


Bomba membawa mayat mangsa ke darat dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut. - Gambar JBPM

KUCHING: Lelaki warganegara Myanmar yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke sungai di Terminal Sejingkat di sini pada Ahad ditemui mati lemas hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat mangsa, Win Kyaw Paik, 49, ditemui terapung kira-kira empat kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB).

Mayat mangsa katanya, ditemui diterapung oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 10.14 pagi sebelum dibawa ke darat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi SAR ditamatkan pada jam 11.30 pagi.

Terdahulu, pekerja kapal itu dilaporkan terjatuh ke dalam sungai pada jam 12.10 tengah malam semalam semasa melalui jambatan menuju ke kapal jenis muatan kontena.

Susulan itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi untuk melakukan SAR.

Turut ikut serta dalam operasi tersebut adalah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sarawak Coastguard, Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Marin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.074293 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list