CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5630|Reply: 0

[Pulau Pinang] Puteri Lina Anati perlu RM85,000 untuk pembedahan jantung

[Copy link]
Post time 17-12-2024 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 17-12-2024 02:32 PM

Puteri Lina Anati perlu RM85,000 untuk pembedahan jantung

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
17 Disember 2024 01:11pm





Puteri Lina Anati berusia 8 tahun didiagnos dengan masalah tetralogi fallot (TOF) iaitu sejenis kecacatan jantung.




BUKIT MERTAJAM - Seorang kanak-kanak, Puteri Lina Anati Shariff memerlukan bantuan dana orang ramai sebanyak RM85,000 bagi menjalani pembedahan segera untuk penyakit jantung kongenital yang dihadapinya.

Pengerusi badan amal, One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, kanak-kanak berusia 8 tahun itu didiagnos dengan masalah tetralogi fallot (TOF) iaitu sejenis kecacatan jantung selepas mengalami sesak nafas dan badan kebiruan sejurus lahir.


Menurutnya, Puteri Lina Anati dari Gerik, Perak yang lahir semasa usia kandungan lapan bulan itu telah menjalani pembedahan semasa berusia 6 tahun.

"Ketika itu dia mengalami dyspnea (sesak nafas) dan sianosis (kebiruan) sebelum didapati mengalami masalah kardiovaskular yang semakin teruk dan perlu pembedahan segera.


“Pemeriksaan baru-baru ini, doktor memaklumkan bahawa pembedahan kali kedua perlu dibuat segera bagi membaiki TOF kerana nyawanya sedang terancam,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Sui Hau, keluarga kanak-kanak itu berdepan masalah apabila tidak mampu membiayai kos pembedahan tersebut yang telah dijadualkan pada 19 Disember ini.


“Bantuan sebanyak RM85,000 diperlukan dan kami berbesar hati untuk membantu mengumpul dana.

"Bapanya, Shariff Abdul Rahman, 53, hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan bulanan kira-kira RM500.


"Puteri Lina Anati dijaga oleh bapa saudaranya selepas ibunya meninggal dunia dua tahun lalu akibat kegagalan buah pinggang,” tambahnya.

Beliau menambah, orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare (nombor akaun: 3201428817) atau layari onehopecharity.org.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian hotline, 04-5399212/016-4192 192/019-2322192/ 018-9114192.


https://www.sinarharian.com.my/article/702635/edisi/utara/puteri-lina-anati-perlu-rm85000-untuk-pembedahan-jantung


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.412405 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list