CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29937|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gangguan bekalan air: 7,238 akaun pengguna di Seberang Perai Selatan terjejas

[Copy link]
Post time 17-12-2024 12:22 AM | Show all posts |Read mode
Gangguan bekalan air: 7,238 akaun pengguna di Seberang Perai Selatan terjejas

BERNAMA



Gambar hiasan. FOTO ARKIB NSTP



Georgetown: Sebanyak 7,238 akaun pengguna di daerah Seberang Perai Selatan di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 14 jam bermula 10 malam esok.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu disebabkan penutupan sesalur 600mm bagi kerja-kerja pelencongan paip di Sungai Kerian, SPS untuk projek naik taraf jambatan oleh Jabatan Kerja Raya(JKR).

"Gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam esok hingga 12 tengah hari Rabu itu membabitkan 7,238 akaun pengguna di kawasan Jalan Besar Dato Keramat, Jalan Besar Permatang Keling, Jalan Sempadan dan Permatang Tok Mahat.

"Seterusnya kawasan yang turut mengalami gangguan bekalan air ialah Tanjung Berembang, Sungai Acheh, Sungai Udang, Sungai Chenaam dan Sungai Bakau," menurut kenyataan itu.

Menurut PBAPP, pengguna yang terjejas disarankan supaya menyimpan air yang mencukupi bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan berkenaan.

PBAPP akan mengemas kini status gangguan bekalan itu menerusi Facebook rasmi PBAPP Penang dari semasa ke semasa dan pihaknya memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.



Disiarkan pada: Disember 16, 2024 @ 10:22pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1166909/gangguan-bekalan-air-7238-akaun-pengguna-di-seberang-perai-selatan-terjejas




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.123438 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list