CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41476|Reply: 0

[Kedah] JKM minta bantu kesan waris bayi lelaki ditinggalkan Oktober lalu

[Copy link]
Post time 16-12-2024 06:15 PM | Show all posts |Read mode
JKM minta bantu kesan waris bayi lelaki ditinggalkan Oktober lalu

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Disember 16, 2024 @ 5:26pm [email protected]




Bayi lelaki yang ditemui di sebuah gerai nasi lemak di Kampung Rambai, Jalan Tokai pada 8 Oktober lalu. - Foto NSTP/IHSAN JKM.





PENDANG: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Pendang sedang mengesan ibu bapa, waris atau pihak bertanggungjawab kepada seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di sebuah gerai nasi lemak Kampung Rambai, Jalan Tokai, Pendang, 8 Oktober lalu.

JKM dalam kenyataannya berkata, sebelum itu, pihak jabatan menerima maklumat berhubung penemuan bayi terbabit melalui siaran media dan akhbar.

Ketika ditemui, bayi itu lengkap dengan tali pusat dan tiada sebarang dokumen ditemui bersamanya.

"Laporan polis berhubung penemuan bayi lelaki itu sudah pun dibuat oleh individu yang menemuinya.

"Menurut pihak polis, siasatan masih dijalankan dan sehingga kini pelaku masih belum ditemui," katanya dalam satu kenyataan.

Kini, bayi itu sudah mendapat perintah jagaan sementara di bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 di institusi JKM bagi membolehkan Pegawai Pelindung membuat siasatan lanjut dan perancangan masa depan.

Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk menghubungi Pegawai Pelindung JKM Daerah Pendang di talian 04-7596235 jika mempunyai maklumat mengenai bayi terbabit.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1337766/jkm-minta-bantu-kesan-waris-bayi-lelaki-ditinggalkan-oktober-lalu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.164221 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list