CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49975|Reply: 0

[Kedah] TH umum kos mengerjakan haji 2025 pagi esok

[Copy link]
Post time 15-12-2024 07:22 PM | Show all posts |Read mode
TH umum kos mengerjakan haji 2025 pagi esok

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Disember 15, 2024 @ 6:50pm [email protected]




Mohd Na’im (tiga dari kiri) membantu membersihkan dewan pada Misi Bantuan Banjir Ihsan MADANI Kedah di Maahad Tarbiah Islamiah Derang. - NSTP/ WAN NABIL NASIR





ALOR SETAR: Kos mengerjakan haji untuk tahun depan sama ada meningkat atau kekal akan diumumkan Tabung Haji (TH) pagi esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata pengumuman itu akan dilakukan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othma.

Beliau berkata, surat tawaran menunaikan haji juga akan mula diedarkan kepada bakal jemaah esok.

"Insya Allah, esok Isnin pagi CEO Tabung Haji akan mengumumkan kos haji bagi 2025.

"Selepas jam 12 tengah hari esok, insya-Allah surat tawaran haji akan dikeluarkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Misi Bantuan Banjir Ihsan MADANI di Kedah di Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena, di sini, hari ini.

Isnin lalu, Mohd Na'im dilaporkan berkata penetapan sama ada kos bagi mengerjakan haji meningkat atau dikekalkan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Mohd Na'im berkata sumbangan RM572,000 dalam bentuk tunai dan barangan berjumlah RM257,232 disalurkan kepada mereka yang terjejas dalam misi bantuan itu.

"Sumbangan tunai diberikan kepada institusi agama Islam dan pendidikan di lokasi yang terlibat dalam misi ini membabitkan dua masjid berjumlah RM40,000, 13 pondok berjumlah RM80,000.

"Selain itu sebuah Sekolah Agama Rakyat menerima tunai RM200,000 dan sebuah Maahad Tahfiz menerima RM50,000... bantuan tunai turut diberikan kepada penduduk setempat yang terjejas berjumlah RM202,000.

"Kita juga sedang mengumpulkan maklumat berhubung keseluruhan institusi agama yang terjejas dalam banjir ini dari seluruh negara," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1337370/th-umum-kos-mengerjakan-haji-2025-pagi-esok





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.059425 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list