CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49051|Reply: 0

[Pulau Pinang] MARA minta Che Ta tampil, bincang soal bayaran pinjaman hampir RM1 juta

[Copy link]
Post time 15-12-2024 03:20 PM | Show all posts |Read mode
MARA minta Che Ta tampil, bincang soal bayaran pinjaman hampir RM1 juta

Oleh Nur Izzati Mohamad - Disember 15, 2024 @ 2:52pm[email protected]




Prosedur pemfailan kebankrapan terhadap Che Ta diteruskan berikutan kegagalan pelakon itu melunaskan hutang dalam tempoh tujuh tahun.





BUTTERWORTH: Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekali lagi meminta pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta tampil berbincang dengan agensi itu berhubung bayaran pinjaman hampir RM1 juta yang dibuat syarikat milik selebriti itu.

Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, berkata prosedur pemfailan kebankrapan diteruskan berikutan kegagalan pelakon berkenaan melunaskan hutang dalam tempoh tujuh tahun.

"Ini bukan tindakan mahkamah kali pertama (dikenakan terhadap Che Ta), (masuk) ini sudah kali kedua dan sekarang ini yang paling penting datanglah kepada MARA dan bincang.

"Sekarang, paling penting juga (pelakon itu perlu) bayar balik pinjaman yang dibuat sebab (hutang ini) sudah berlarutan sejak tahun 2017," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung perkembangan terkini isu kegagalan pelakon berusia 51 tahun itu dan anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, membayar pinjaman hampir RM1 juta sejak 2017.

Asyraf Wajdi ditemui pemberita ketika menghadiri Konvensyen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan MARA sudah memfailkan notis kebankrapan kepada Rozita dan anaknya pada Julai tahun lalu, namun ditarik balik pada bulan lalu ekoran isu teknikal.

Bagaimanapun, tindakan writ penyitaan dan penjualan (WSS) harta pelakon terbabit diteruskan Selasa lalu.

Asyraf Wajdi berkata, tindakan kebankrapan kali ini hanya akan dihentikan jika Rozita membayar sepenuhnya pinjaman itu susulan MARA tidak lagi memberi pelanjutan tempoh pembayaran hutang terbabit selepas mahkamah membuat keputusan muktamad mengenainya.

Difahamkan, pelakon itu masih belum tampil bertemu pihak MARA untuk berbincang mengenai penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat syarikat milik selebriti itu, RCW Worldwide Sdn Bhd.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1337282/mara-minta-che-ta-tampil-bincang-soal-bayaran-pinjaman-hampir-rm1





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.162419 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list