CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49600|Reply: 0

[Kedah] Lebih 12,000 tan sisa banjir dikumpul, dibersihkan SWCorp di tujuh negeri

[Copy link]
Post time 15-12-2024 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 12,000 tan sisa banjir dikumpul, dibersihkan SWCorp di tujuh negeri

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Disember 15, 2024 @ 1:47pm [email protected]





Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu meninjau lokasi pembersihan sisa banjir di Taman Aman. - Foto NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI




ALOR SETAR: Sebanyak 12,852.18 tan sisa banjir dikutip dan dibersihkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) sejak 28 November hingga 11 Disember lalu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, jumlah itu membabitkan 45 lokasi yang merangkumi 22 kawasan perkhidmatan dan 23 kawasan yang luar dari kawasan perkhidmatan yang terjejas akibat banjir di tujuh negeri.

Beliau berkata, seramai 362 orang terbabit dengan kerja pembersihan itu manakala sebanyak 153 unit jentera digunakan.

"Operasi pembersihan untuk tujuh negeri yang menerima pakai Akta 672 akan dikuatkuasakan melalui SW Corp dan bersama rakan-rakan konsesi.

"Kedah dan Pahang adalah negeri yang terkesan buat masa ini. Kelantan tidak termasuk dalam senarai asal (perkhidmatan SWCorp), tapi kami tetap membantu di kawasan Tumpat dengan menghantar bantuan," katanya selepas turun meninjau pembersihan dan dan pengurusan pasca banjir di Taman Aman, di sini, hari ini.

Sementara itu, Aiman Athirah berkata, operasi pembersihan banjir di Kedah dijalankan sejak 30 November lalu, yang mana sebanyak 730.03 tan sisa banjir dikutip dan dihantar ke tapak pelupusan Jabi, Pokok Sena.

Menurutnya, sebanyak 79 buah kenderaan mini 'armroll' yang mana 61 buah milik syarikat konsesi manakala bakinya 18 armroll sumbangan syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Kejadian banjir yang melanda pada 26 November lalu menyebabkan pengumpulan lumpur dan longgokan sampah pukal di kawasan kediaman.

"KPKT melalui SWCorp Kedah sudah pun mengambil tindakan segera dengan menggerakkan jentera pembersihan syarikat konsesi dengan membersihkan longkang dan sampah pukal serta dibantu pelbagai pihak," katanya.

Selain itu, katanya kerja mengutip sampah turut diadakan di pusat pemindahan sementara (PPS) di 58 lokasi di seluruh negeri.

"SWCorp mengarahkan syarikat konsesi Environment Idaman Sdn Bhd menempatkan sebanyak 171 unit tong yang merangkumi 71 unit 1,100 liter, 95 unit 240 liter, dua unit 660 liter dan tiga unit tong Roll-on/roll-off (Roro) dengan frekuensi kutipan secara harian.

Katanya, antara cabaran utama yang dihadapi ketika pembersihan adalah lumpur yang tebal dan jumlah sampah pukal yang banyak.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1337248/lebih-12000-tan-sisa-banjir-dikumpul-dibersihkan-swcorp-di-tujuh





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.052441 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list