Edited by maklukpenggoda at 15-12-2024 05:29 AM
Update:
Kuala Lumpur : Kontraktor dikenali BaNi Rahman bertindak memadamkan hantaran dibuatnya berkaitan Rozita Che Wan yang didakwa tidak membayar hutang perkhidmatannya sebagai pemasang rumput tiruan di kediaman pelakon itu, tahun lalu.
BaNi menerusi penjelasan di akaun Facebook miliknya berkata, keputusan memadam hantaran berkenaan dibuat berikutan hutang itu sudah dibayar oleh seorang sahabat baik Che Ta juga usahawan, Mohamad Anas Zahrin.
"Syukur alhamdulillah dia dah tolong selesaikan bayaran sebanyak RM7,000 kepada saya. Allahu betul tak sangka. Ini betul sahabat dunia akhirat. Tak pernah lagi jumpa sahabat macam ini. Bukan senang nak dapat sahabat baik mcm ini.
"Sudi tolong Rozita waktu dia tengah susah. Diam-diam pula tu tanpa pengetahuan Rozita. Terima kasih banyak tuan Anas Zahrin sudi selesaikan bayaran ini. Moga tuan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki," tulisnya.
Menurut BaNi lagi, bayaran itu akan digunakannya untuk mengerjakan umrah ke Tanah Suci Makkah selepas ini.
Rozita ni die xtakot ke esok Allah hisab die? Die xfikir ke setiap titik peluh orang yang buat kerja kat rumah dia? Dengan buat kerja tengah panas lagi. Bila tengok die up status bukan main beli gelang emas. Pegang duit kepok2. Allahu. Sedih bila kene mcm ni.
Aku tengok ada yang simpati dekat rozita pasal hutang dengan MARA ni. Lama aku diamkan diri pasal Rozita ni. Tahun 2023 die penah panggil aku untuk pasang rumput tiruan kat rumah dia. Dari mula kerja tanah, paip, batu (sebab tanah rumah dia lembut), pasir, racun, weedmat, compact sampai la siap semua kerja tanah dah buat. Last2 die panggil company lain untuk pasang rumput tiruan kat rumah dia. Ini pun dapat tau sbb ada org bgtau. Kalau tak mmg xtau langsung yg die dah pasang dengan org lain.
Patut la berminggu die senyap je. Bila tanya kenapa panggil org lain pasang? Dia kata sebab ada org sponsor. Abis kerja2 yang kami dah buat tu mcm mana? Kos barang, gaji budak, transport ulang alik melaka - selangor selama seminggu dengan minyak tol? Sape nak tanggong. Kenapa dari awal lagi xnak panggil company sponsor tu buat terus? Kan lagi senang. Dah la 2x buat keje tanah. 2x topup pasir aleh2 datang rumah dia abis semua pasir hilang contractor lain sebat. Kawasan rumah dia org2 kaya yg duduk. Barang2 kat situ semua mahal. 1st day masuk rumah dia mmg dah ada contractor lain jumpa staff kata hati2 buat keje kat sini.
Dia suka tuka2 contractor dan xbaya. Sampai ada 1 budak endon under company lain tu call staff sy mintak staff sy bawak balik compressor cat die sbb fedup xdpt payment. Mula2 tu fikir positive je. Mungkin xde kot kene tipu dengan dia. Sbb yang panggil pasang rumah dia ni adik ipa dia. Sy penah pasang rumah adik ipa dia zaquan pemain bola tu. Alhamdulillah xde masalah payment pun ok. Siap tolong promote BANI Grass lagi. Tang Rozita ni xtau apa masalah dia. Last2 sy pun terkene 1 sen pun payment xdpt. Dari belas ribu mintak 7k xnak bayar. Pastu mintak 5k asal dapat cover kos sikit n gaji budak pun dah syukur. Tapi tetap die xnak bayar. Last2 senyap terus wassap semua xreply dah. Xtau nak kata apa dengan org mcm ni. Betul2 sedih bila kene mcm ni. Kesian staff smggu dekat sana buat keje. Boleh kata hari2 sampai melaka malam. Last2 apa pun xdpt.
Kami ni bukan company besar kalau org xbaya xde masalah. Kami ni company kecik je kalau ratus2 tu xpe la juga boleh la niat sedekah kalau xbaya. Ini kami order barang je kos pun dah beribu. Gaji budak buat kerja kat sana sehari punya gaji pun dah 500 lebih belum transport lagi. Ini baru company sy yg kene. Belum company yang cat atau company lain. Kos lagi tinggi sy rasa. Xtau la bape banyak contractor yg die xbaya. Tapi kat media die cakap contractor yang banyak tipu die.
Ye la mcm kami ni meniaga mana ada follow tegar. Mcm die lain artis apa die cakap semua org percaya n follow. Sbb tu la sy xde nak viralkan dia ke apa. Kang kita cakap kita kene balik. Senyap n sabar je. Siap ada follower tegar nak buat tabong nak tolong dia.
Alhamdulillah. Haa apa kata korang buat tabong kat saya skali. Dapat 5k pun dah syukur. Boleh la sy baya hutang n gaji staff. Sy pun ada hutang juga nak kene baya. Kot ada follower tegar rozita nak baya boleh buat bayaran ke
Bank Name: CIMB Bank
Account Number: 8603416407
Account Name: BANI Grass Services
Maaf ya xde niat nak buka aib sape2. Cuma betul sedih n terkilan bila kene mcm ni. Moga hati rozita ni terbuka untuk bayar semua duit2 contractor yang dah buat rumah dia. Ingat setiap peluh yang mereka keluar kalau kita xbaya kita akan di tanya esok. Mereka juga ada anak bini nak bagi makan. Diorg juga ada keperluan nak beli. Jgn la naya kami mcm ni. Kepada akak rozita sy doakan moga urusan akak dipermudahkan. Walaupun akak dah naya sy, sy tetap doakan yang baik2 buat akak rozita. Memang dah tertulis itu bukan rezki sy. Sentiasa yakin dengan rezki Allah. Allah sebaik2 perancang.
Sumber: FB BaNi Rahman
|