CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39858|Reply: 0

[Kedah] 16,000 hektar sawah di Kedah, Perlis terjejas akibat banjir

[Copy link]
Post time 9-12-2024 07:03 PM | Show all posts |Read mode
16,000 hektar sawah di Kedah, Perlis terjejas akibat banjir

Noorazura Abdul Rahman[email protected]




SAWAH padi yang di tenggelami banjir. FOTO Wan Nabil Nasir




Alor Setar: Kira-kira 16,000 hektar sawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) terjejas akibat banjir besar yang melanda Kedah dan Perlis bulan lalu.

Pengerusinya, Datuk Dr Ismail Salleh berkata angka itu jauh lebih besar berbanding banjir pada September lalu yang menenggelamkan hampir 6,000 hektar sawah di kawasan Muda

"Setakat ini, kita menganggarkan kira-kira 16,000 hektar sawah di kawasan MADA terjejas akibat banjir. Kawasan yang terjejas kali ini jauh lebih teruk berbanding 6,000 hektar sawah yang terjejas ketika banjir pada September lalu.

"Kawasan yang terjejas ini dalam proses menanam semula untuk musim dua 2024, namun tanaman mereka sudah ditenggelami banjir, kita bersimpati dengan nasib mereka," katanya ketika dihubungi di sini.

Dr Ismail berkata pesawah yang terjejas kebanyakannya sudah memulakan penanaman sebelum banjir melanda pada 28 November.

"Untuk tanam atau tabur benih semula, pesawah perlu menunggu sehingga banjir surut. Kita harap bekalan benih padi akan cukup untuk petani tabur benih semula," katanya.

Beliau berkata kerugian sebenar yang dialami pesawah hanya akan diketahui selepas bancian terkini selesai dijalankan.

Sementara itu, Dr Ismail berkata MADA sedang bekerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bagi menggalakkan petani di bawah seliaan mereka mendaftar dalam Skim Takaful Tanaman Padi (STTP).

Katanya, sehingga kini, hanya 10,000 daripada kira-kira 50,000 petani di bawah MADA mendaftar untuk perlindungan takaful berkenaan menerusi AgroBank.

"Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM50 juta untuk tahun pertama pelaksanaan skim takaful ini. Oleh itu, para petani tidak perlu membayar untuk dapatkan perlindungan ini, mereka hanya perlu mendaftar dengan AgroBank.

"Skim takaful ini jauh lebih baik berbanding Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) kerana ia menawarkan perlindungan yang lebih menyeluruh, termasuk serangan perosak ke atas tanaman.

"Yang lebih penting, di bawah STTP, tiada had maksimum tiga hektar untuk pampasan sawah padi seperti yang ditetapkan di bawah TBTP.

"Melalui STTP, petani yang mengusahakan lebih daripada tiga hektar sawah padi layak menerima pampasan penuh selepas tuntutan mereka disahkan," katanya.



Disiarkan pada: Disember 9, 2024 @ 6:11pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1164339/16000-hektar-sawah-di-kedah-perlis-terjejas-akibat-banjir




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.538039 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list