CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38526|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lebih 300 pelabur Forex alami kerugian RM104.7 juta

[Copy link]
Post time 9-12-2024 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 9-12-2024 06:20 PM

Lebih 300 pelabur Forex alami kerugian RM104.7 juta

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
09 Disember 2024 03:57pm




Hishamuddin (tiga dari kiri) memegang kertas aduan daripada mangsa yang mendakwa ditipu oleh syarikat pelaburan tersebut.




GEORGE TOWN - Seramai 388 individu mengalami kerugian sebanyak RM104.75 juta apabila ditipu satu skim pelaburan mata wang Forex rentas sempadan sejak 2016 hingga 2023.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kesemua mangsa berusia lingkungan 18 hingga 80 tahun dan berasal dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Menurutnya, kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan profesional seperti pekerja bank, penjawat awam, doktor, guru, pesara dan ahli perniagaan.

Tambahnya, kesemua mangsa dijanjikan akan mendapat keuntungan antara 1 hingga 2 peratus sebulan daripada jumlah yang dilaburkan.



]
Lee menceritakan modus operandi syarikat yang menjalankan skim pelaburan perdagangan mata wang Forex.



"Jumlah mangsa ini sebenarnya lebih ramai tetapi mereka takut untuk membuat laporan polis kerana bimbang dengan implikasi undang-undang.

"Sindiket penipuan ini dipercayai didalangi beberapa individu dari Malaysia, Indonesia dan Rusia," katanya pada sidang akhbar di hadapan Bank Negara Cawangan Pulau Pinang di sini pada Isnin.

Sebelum itu, Hishamuddin hadir bersama lebih 50 mangsa untuk menyerahkan kesemua aduan yang diterima kepada Bank Negara untuk menjalankan siasatan serta mengambil tindakan segera terhadap suspek yang dipercayai berada di Pulau Pinang.


Tambahnya, konsep dan modus operandi ini melibatkan sebuah syarikat yang mana telah dilantik sebagai broker pelaburan yang bertapak di Malaysia

"Broker tersebut merupakan pihak yang menguruskan transaksi kewangan antara pelabur dan syarikat.

"Pelaburan tersebut telah diuruskan oleh seorang warga Rusia yang kononnya dikatakan mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam jual beli mata wang Forex serta aktif dalam mempromosikan dan mengadakan kelas-kelas di Malaysia," katanya.


Jelas beliau lagi, kesemua mangsa melabur antara RM20,000 hingga lebih RM1 juta.

"Mangsa hanya sempat menerima dua hingga tiga kali keuntungan sebelum dalang sindiket mendiamkan diri. Tetapi ada juga mangsa yang langsung tidak mendapat keuntungan daripada mula mereka melabur.

"Apa yang menarik perhatian mangsa untuk menyertai skim pelaburan ini setelah mereka dijanjikan dengan tawaran pulangan yang menarik. Selain itu, terdapat bank-bank di Malaysia yang disyaki digunakan sebagai medium untuk menghantar wang ke luar negara bagi skim pelaburan tersebut," katanya.

Sementara itu, salah seorang mangsa, Lee, 32 berkata, dia merupakan ejen kepada syarikat tersebut dan mempunyai 1,000 ahli di bawah seliaannya.

Bagaimanapun, dia turut diperdaya syarikat berkenaan apabila tidak dapat menghubungi 'up line' nya untuk berbincang mengenai pulangan pelaburan tersebut.

"Pada mulanya kami mendapat pulangan seperti yang dijanjikan namun sejak tahun lalu, langsung tiada pulangan yang diterima. Jumlah keseluruhan yang ditanggung oleh saya dan ahli di bawah seliaan adalah RM3 juta.

"Saya kasihan dengan ahli-ahli saya kerana ada yang sanggup menjual kereta dan rumah untuk melabur," katanya.

Dia turut berterima kasih kepada pihak polis kerana membuka kertas siasatan terhadap semua aduan yang dibuat mangsa.

"Terima kasih kepada polis kerana tidak berdolak dalih ketika menjalankan siasatan terhadap semua aduan yang dibuat," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/701284/berita/semasa/lebih-300-pelabur-forex-alami-kerugian-rm1047-juta


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.043935 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list