CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38032|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bayi lahir pramatang perlu dana RM90,000 pembedahan jantung

[Copy link]
Post time 9-12-2024 06:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 9-12-2024 06:13 PM

Bayi lahir pramatang perlu dana RM90,000 pembedahan jantung

MOHD ISKANDAR OTHMAN
09 Disember 2024 04:03pm




Mohd Faiz (kiri) dan isterinya, Norazlini menunjukkan gambar anak mereka ketika mendapatkan bantuan daripada One Hope Charity & Welfare.




BUKIT MERTAJAM - Bayi lelaki lahir pramatang yang kini berusia dua bulan, Muhammad Ammar Arfan Mohd Faiz Fakrumie memerlukan dana orang ramai sebanyak RM90,000 bagi menjalani pembedahan segera akibat masalah jantung kongenital.

Pengerusi badan amal, One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, Muhammad Ammar Arfan lahir pada usia kandungan 35 bulan dengan berat 1.7 kilogram (kg) menerusi kaedah pembedahan.

Menurutnya, Muhammad Ammar terpaksa ditempatkan di dalam inkubator dan bergantung alat bantuan oksigen sebelum dia mengalami sinosis atau badan kebiruan semasa berusia sebulan.

"Selepas pemeriksaan terperinci, dia didiagnos dengan masalah jantung jarang berlaku dikenali sebagai ‘total anomalous pulmonary venous drainage’ (TAPVD).


"Jika pembedahan tidak dibuat dalam masa terdekat, bayi itu tidak akan dapat bertahan dan boleh meragut nyawanya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Sui Hau berkata, sepatutnya pembedahan perlu dibuat semasa beratnya 3.5 kg tetapi kerana keadaan semakin teruk dan mendesak dia akan menjalani pembedahan segera di sebuah hospital biarpun hanya dengan berat terkini 2.5 kg.


Katanya, jika keadaan bayi stabil, dia akan dipindahkan ke hospital untuk menjalankan pembedahan dalam minggu ini.

Tambah beliau, keluarga Muhammad Ammar amat berharap orang ramai dapat menyumbangkan dana berjumlah RM90,000 agar pembedahan itu dapat direalisasikan dengan segera.


"Keluarganya telah tampil ke pejabat One Hope Charity & Welfare bagi memohon bantuan dana dan kita telah luluskan untuk membantu mereka.

"Bapa bayi, Mohd Faiz Fakrumie, 33, merupakan seorang juruteknik gentian optik dan ibu, Norazlini Mohd Nor, 33, seorang suri rumah.

"Pasangan itu juga mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia tiga tahun," katanya.


Orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare (nombor akaun: 3201428817) atau layari onehopecharity.org.


https://www.sinarharian.com.my/article/701288/berita/nasional/bayi-lahir-pramatang-perlu-dana-rm90000-pembedahan-jantung


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.276731 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list