CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43301|Reply: 1

[Kedah] 300 keluarga terima air bersih selepas 40 tahun

[Copy link]
Post time 8-12-2024 04:40 PM | Show all posts |Read mode
300 keluarga terima air bersih selepas 40 tahun

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Ketua Kumpulan, Pengurusan Shariah Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Noor Ain Mohd Amin dan Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan melihat kolam tadahan air untuk penduduk kampung. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI




Baling: Lebih 300 keluarga di Kampung Luar di sini akhirnya menerima bekalan air bersih yang ditapis dari kolam tadahan air yang siap dibina di kawasan itu sejak Mac lalu.

Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan berkata, semua keluarga terbabit sebelum ini hanya menerima bekalan air bukit sejak lebih 40 tahun lalu.

Menurutnya, Muslim Care Malaysia bekerjasama dengan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dapat menyediakan kolam tadahan air yang ditapis untuk kemudahan penduduk kampung terbabit.

"Ia membekalkan 100,000 gelen pada kedalaman 2.43 meter di kolam tadahan berkenaan untuk meningkatkan kualiti kehidupan penduduk kampung.

"Dengan wujudnya kolam ini, penduduk lebih yakin dengan kebersihan air dan tidak lagi bimbang apabila anak pulang ke kampung terutama di musim perayaan," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian kolam tadahan air, di sini hari ini.

Zulkifli berkata, pihaknya sebelum ini mengenal pasti masalah yang dihadapi penduduk sebelum membuat kertas kerja dan BPMB meluluskan untuk projek itu dilaksanakan.

Ketua Kumpulan, Pengurusan Shariah Kumpulan BPMB, Noor Ain Mohd Amin berkata, projek kolam tadahan air itu dilaksanakan sejak Mac lalu dan siap sepenuhnya bulan lalu.

Beliau berkata, Bank Pembangunan menyalurkan 89 peratus iaitu sebanyak RM238,534 melalui dana zakat untuk mandala asnaf (fakir dan miskin).

"MCM kemudian menyumbang baki 11 peratus iaitu sebanyak RM29,485 untuk membantu golongan bukan asnaf.

"Projek ini membabitkan pembinaan kolam tadahan air lengkap dengan sistem penapisan dan peningkatan rangkaian paip selain menangani isu bekalan air bersih, terutamanya semasa musim perayaan dan majlis.

"Dalam pada itu, ia menjamin bekalan air bersih dan mencukupi kepada seluruh penduduk kampung," katanya.

Noor Ain berkata, impak projek ini dapat memberikan manfaat jangka panjang kepada kesihatan, kebersihan, dan kehidupan harian penduduk.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Luar, Ramli Husain, 61, berkata, sebelum ini penduduk kampung terpaksa menggunakan air bukit bercampur selut terutama setiap kali hujan lebat.

Katanya, keadaan itu menyebabkan mereka menerima air yang kurang bersih setiap hari.

"Namun sejak adanya kolam tadahan air itu, penduduk di kawasan itu sudah menerima air yang ditapis dan lebih bersih sebelum ini.

"Kolam tadahan itu dibina di atas tanah milik saya yang diwakafkan untuk projek itu pada keluasan kira-kira empat hektar," katanya.



Disiarkan pada: Disember 8, 2024 @ 3:47pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1163944/300-keluarga-terima-air-bersih-selepas-40-tahun




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2024 07:48 PM | Show all posts
Syukur diucapkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.341103 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list