CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40431|Reply: 0

[Kedah] Jabatan Penjara cadang banduan dalam pemulihan bekerja di sektor REE

[Copy link]
Post time 5-12-2024 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Jabatan Penjara cadang banduan dalam pemulihan bekerja di sektor REE

Noorazura Abdul Rahman[email protected]





Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Ahmad Faudzi Awang, (tengah) menyaksikan penyerahan tugas antara Komisioner Penjara,Zainah Pardi (kiri) kepada Timbalan Komisioner Penjara, Rahmat Abdul Rani dilantik menjadi Pengarah Penjara Negeri Kedah. FOTO Noorazura Abdul Rahman




Alor Setar: Jabatan Penjara Malaysia akan meneroka satu bidang baharu di bawah program pemulihan dalam komuniti (PDK) agar banduan atau prospek dapat bekerja dalam bidang pelombongan unsur nadir bumi (REE).

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan) Ahmad Faudzi Awang berkata, peluang dilihat apabila kerajaan Kedah merancang untuk mula melombong REE pada tahun depan.

"Kita dapat maklumat ada perlombongan terutama dalam REE, kita melihat sama ada (kesesuaian) penempatan prospek dalam perlombongan yang berlaku di Kedah

"Kita akan tengok perkembangan dari Kedah dan sekiranya perkembangan dari segi perlombongan itu berlaku, insya-Allah saya rasa Jabatan Penjara akan menceburi bidang terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Kedah di Penjara Pokok Sena, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Timbalan Komisioner Penjara Rahmat Abdul Rani dilantik sebagai Pengarah Penjara Kedah baharu menggantikan Komisioner Penjara Zainah Pardi yang akan bertugas di Bahagian Parol dan Komuniti di Ibu Pejabat Jabatan Penjara.

Ahmad Faudzi berkata, usaha itu akan diteruskan oleh pengarah baharu yang akan bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung bidang pelombangan REE di Kedah.

Katanya, sehingga kini menerusi program PDK, sebanyak 11 syarikat mendaftar untuk bekerjasama dengan Jabatan Penjara Kedah.

Sementara itu, Ahmad Faudzi berkata, pihaknya menyasarkan 30,000 prospek akan bekerja dalam komuniti pada 2030.

Katanya, ketika ini seramai 5,000 prospek di seluruh negara berada dalam komuniti.



Disiarkan pada: Disember 5, 2024 @ 4:11pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1163009/jabatan-penjara-cadang-banduan-dalam-pemulihan-bekerja-di-sektor-ree




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.052951 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list