CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20830|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pembantu stor tak mengaku pecah amanah

[Copy link]
Post time 4-12-2024 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 4-12-2024 02:23 PM

Pembantu stor tak mengaku pecah amanah

MOHD ISKANDAR OTHMAN
04 Disember 2024 01:58pm




Tertuduh (dua dari kiri) diiringi anggota polis ketika hadir di Mahkamah Butterworth, pada Rabu.




BUTTERWORTH - Seorang penjaga stor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini atas pertuduhan pecah amanah dengan membawa keluar barang syarikat tanpa kebenaran tahun lalu.

Tertuduh, Ng Khai Liang, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Azah Kasran


Mengikut pertuduhan, Khai Liang didakwa melakukan pecah amanah jenayah iaitu dengan curangnya menyalahgunakan harta syarikat termasuk enam keping kad Touch N Go, 20 alat penapis air dan 30 penyaman udara milik syarikat SK Magic Retails Malaysia Sdn Bhd yang keseluruhannya bernilai RM126,765.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat SK Magic Retails Malaysia Sdn Bhd di Butterworth pada 11 Jun 2023 sehingga 18 September 2023.



]
Khai Liang (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini atas pertuduhan pecah amanah dengan membawa keluar barang syarikat tanpa kebenaran tahun lalu.




Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 14 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Ketika prosiding, Muhammad Rifaie mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 diberikan terhadap tertuduh selain meminta pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.


Bagaimanapun, tertuduh yang masih belum berkahwin merayu agar jaminan dapat dikurangkan berikutan dia perlu menanggung ibunya yang sudah tua selain abangnya yang menghidap penyakit buah pinggang.


Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan mengarahkan pasport miliknya diserahkan kepada mahkamah.


Kes ditetapkan pada 7 Januari tahun depan untuk sebutan semula dan lantikan peguam.


https://www.sinarharian.com.my/article/700389/berita/semasa/pembantu-stor-tak-mengaku-pecah-amanah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.045911 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list