CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49087|Reply: 0

[Kedah] Jasad tersangkut pada akar kayu, Ismail ditemui selepas 36 jam pencarian

[Copy link]
Post time 3-12-2024 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Jasad tersangkut pada akar kayu, Ismail ditemui selepas 36 jam pencarian

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Disember 3, 2024 @ 10:54am[email protected]




Mayat Ismail Hashim, 49 ditemui pagi ini selepas hampir 36 jam operasi SAR dilakukan di Sungai Kampung Paya Lateh. - NSTP/ WAN NABIL NASIR




JITRA: Pengawal keselamatan yang hilang ketika memukat ikan di Sungai Kampung Paya Lateh, di sini sejak kelmarin disahkan maut selepas mayatnya ditemui pagi ini.

Mayat mangsa, Ismail Hashim, 49, ditemui jam 7.50 pagi pada jarak 1.56 kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan tenggelam pada petang Ahad lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata mangsa mangsa dipercayai tersangkut pada akar kayu dengan mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap berhampiran tebing sungai.

Mayat mangsa kemudian dibawa naik ke tebing sebelum dihantar ke Hospital Jitra untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini operasi SAR dilakukan hampir 36 jam membabitkan anggota BBP Jitra, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Jitra dan Sungai Petani serta Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Operasi turut disertai pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu serta penduduk kampung.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 petang kelmarin, mangsa yang sedang memukat ikan dilapor hilang ketika berenang menyeberangi sungai untuk merentangkan pukat.

Bapa saudara mangsa, Romli Bakar, 61, berkata pihak keluarga bersyukur kerana jasad Ismail akhirnya ditemui selepas pelbagai usaha dilakukan termasuk melaungkan azan di empat penjuru sungai itu selepas solat Asar petang semalam.

Jenazah dijangka dibawa ke Masjid Al Fateh, Tanjung Pauh untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanah Merah selepas urusan di hospital selesai.

Dalam pada itu, Romli mengakui masih terkilan kerana gagal menyelamatkan Ismail walaupun kejadian itu berlaku di depan mata.

"Selepas menyedari Ismail lemas dan tenggelam, saya cuba terjun ke sungai untuk mencarinya.

"Saya bagaimanapun hanya mampu bertahan tak sampai lima minit, tambahan pula arus terlalu deras dan membahayakan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1331951/jasad-tersangkut-pada-akar-kayu-ismail-ditemui-selepas-36-jam-pencarian





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.068414 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list