CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45614|Reply: 0

[Kedah] Laluan ke UUM sudah dibuka untuk kenderaan biasa

[Copy link]
Post time 2-12-2024 07:24 PM | Show all posts |Read mode
Laluan ke UUM sudah dibuka untuk kenderaan biasa

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Disember 2, 2024 @ 6:31pm[email protected]




Laluan utama ke Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok melalui Lebuhraya Changlun-Sintok yang sebelum ini ditutup akibat dinaiki air kini sudah dibuka kini boleh dilalui kenderaan biasa. - Foto ihsan pembaca.




JITRA: Laluan utama ke Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok melalui Lebuhraya Changlun-Sintok yang sebelum ini ditutup akibat dinaiki air kini sudah dibuka kini boleh dilalui kenderaan biasa.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata, jalan itu hanya terjejas akibat banjir pada Rabu dan Jumaat lalu.

"Jumaat lalu, air dari Sungai Badak melimpah dan membanjiri jalan utama ke UUM Sintok dan lencongan kenderaan dilakukan melalui Jalan Batu 15 untuk kenderaan yang menuju ke universiti terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai penyebaran rakaman video kejadian Jumaat lalu dengan maklumat yang kurang tepat, menyebabkan banyak pihak menyangka laluan itu masih ditutup sehingga hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, tujuh jalan di daerah Kubang Pasu ketika ini masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

Antaranya adalah Jalan Tanah Merah ke Wang Tepus, Jalan Jitra ke Kampung Kelubi, Jalan Kepala Batas ke Bukit Tinggi, Jalan Batu 9 Jitra ke Alor Rambai, Jalan Kampung Budi ke Kampung Bohor, Kilometer 32.1 hingga Kilometer 33.2 Lebuhraya PLUS Arah Selatan dan Kilometer 33.2 hingga Kilometer 32.1 Lebuhraya PLUS Arah Utara.

"Dua lagi jalan juga ditutup dan hanya boleh dilalui kenderaan berat iaitu Jalan Titi Besi ke Kampung Pasir dan Jalan Kepala Batas ke Titi Besi.

"Tiga lagi jalan pula sudah dibuka semula kepada semua kenderaan iaitu Jalan Kepala Batas ke Bukit Tinggi, Jalan Kelubi Luar ke Kampung Malau dan Jalan Jitra ke Sungai Korok," katanya.

Mohd Redzuan turut menasihati orang ramai terutama pengguna lalu lintas untuk tidak meredah laluan dinaiki air yang berarus deras demi keselamatan diri dan keluarga.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1331771/laluan-ke-uum-sudah-dibuka-untuk-kenderaan-biasa





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.048364 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list