CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16262|Reply: 0

[Sabah] Inspektor polis didakwa palsukan dokumen rakaman percakapan anggota

[Copy link]
Post time 2-12-2024 03:23 PM | Show all posts |Read mode


Crall Mark Bait dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tiga pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan kes yang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya tahun lalu. - Foto NSTP/Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tiga pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan kes yang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, September tahun lalu.

Tertuduh, Crall Mark Bait, bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang dijalankan masing-masing di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin dan Majistret Don Stiwin Malanjum.

Mengikut semua pertuduhan, tertuduh didakwa memalsukan dokumen berupa rakaman percakapan yang dibuat oleh tiga anggota polis masing-masing berpangkat Sarjan dan Koperal atas jawatan rasmi mereka iaitu rakaman percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah, yang telah digunakan dalam Kertas Siasatan Jenayah Narkotik Tawau JSJN/ADB/1005/23.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau antara jam 10 pagi hingga 2.00 petang pada 10 September tahun lalu.

Bagi semua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Berikutan pengakuan tertuduh itu, Timbalan Pendakwa Raya Shearil Aizad Murnizam menawarkan jaminan RM5,000 untuk setiap pertuduhan dengan dua orang penjamin tempatan.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon wang jaminan dikurangkan dengan alasan dia kini ditahan kerja lebih setahun lalu dan hanya menerima gaji sebanyak RM700 selain menanggung keluarga dengan seorang anak yang masih kecil.

Majistret kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,300 untuk kesemua pertuduhan dengan dua penjamin tempatan dan menetapkan 2 dan 6 Januari 2025 sebagai tarikh serahkan dokumen dan pengurusan kes.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.049067 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list