CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4270|Reply: 0

[Sarawak] Ahli Parlimen Miri mahu program bangun kemahiran rakyat diperluaskan

[Copy link]
Post time 2-12-2024 01:37 PM | Show all posts |Read mode


Chiew ketika menghadiri kursus asas Canva di Kolej Komuniti Miri hari ini.

MIRI: Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man mahu program seperti kursus dan bengkel membangunkan kemahiran penduduk khususnya golongan belia diperluaskan di sini.

Menurutnya, ilmu kemahiran dimiliki akan dimanfaatkan sebagai cara menambah pendapatan untuk keperluan diri dan keluarga.

"Dengan kemahiran dipelajari, masyarakat khususnya golongan belia boleh mencipta peluang pekerjaan sama ada sebagai pereka bebas, pembangun kandungan kreatif atau usahawan.

"Hal ini seiring dengan usaha untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi di Miri," katanya selepas menghadiri Program Rakan Mahir Skills For Life KBS: Kursus Asas Canva dianjurkan di Kolej Komuniti Miri di sini hari ini.

Program tersebut bertujuan memperkenalkan peserta kepada platform reka bentuk grafik Canva, sebuah alat yang penting dalam dunia digital masa kini.

Chiew berkata, program seperti itu bukan sahaja memberi pendedahan kepada kemahiran reka bentuk grafik tetapi juga membantu peserta dalam membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan keusahawanan.

Sebagai Ahli Parlimen Miri, beliau percaya program itu memberi impak besar kepada masyarakat terutama dalam memperkasa golongan belia dan komuniti tempatan.

"Program seperti ini perlu diteruskan secara berkala di Miri kerana ia membuka peluang kepada masyarakat untuk belajar kemahiran baharu serta menyediakan asas kepada mereka yang ingin menjana pendapatan dalam industri kreatif.

"Program juga menyokong pembangunan komuniti lebih kreatif, inovatif dan berdaya saing," jelasnya.

Justeru, beliau menggalakkan masyarakat Miri mengambil peluang menyertai program seperti itu pada masa akan datang.

Katanya, penyertaan dalam kursus pendek seperti ini bukan sahaja menambah nilai kepada diri sendiri tetapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat.

"Saya komited terus memberi suntikan dana dan bekerjasama dengan penganjur daripada Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Belia Kristian Rhema, Kolej Komuniti Miri serta badan-badan lain memastikan program bermanfaat seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap di Miri," katanya.

Beliau berkata, kerjasama tersebut penting dalam membangunkan bakat tempatan dan menggalakkan pendidikan sepanjang hayat kalangan masyarakat.
"Saya percaya dengan usaha berterusan, kita dapat membentuk komuniti Miri lebih kreatif, berdikari dan progresif," jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.092984 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list