CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27648|Reply: 0

[Kedah] KEDA tempatkan 10 unit mesin ubat layan diri menerusi PKS

[Copy link]
Post time 2-12-2024 12:42 AM | Show all posts |Read mode
KEDA tempatkan 10 unit mesin ubat layan diri menerusi PKS

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
01 Disember 2024 07:07pm




Ismasuhaimi (tengah) bersama penerima manfaat PKS kluster Industri Makanan di sebuah hotel di Sungai Petani pada Ahad.




SUNGAI PETANI - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menempatkan 10 unit mesin ubat layan diri di seluruh Kedah melalui Program Komuniti Sejahtera (PKS) berkonsepkan pengagihan keuntungan kepada golongan sasar dalam bentuk dividen.

Pengurus Besar KEDA, Ismasuhaimi Shariff berkata, KEDA telah melantik Farmasi Klebang Restu sebagai pengurus projek terbabit dengan peruntukan berjumlah RM250,000 yang merupakan padanan kepada 25 penerima manfaat.

Menurutnya, PKS yang merupakan program khusus Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Rancangan Malaysia Ke-12 telah diwujudkan bagi tujuan peluasan konsep perkongsian keuntungan kepada warga emas, penerima uzur dan orang kelainan upaya.

"Secara asasnya, ia merupakan program bantuan kewangan dalam bentuk pulangan dividen bertujuan meningkatkan pendapatan mereka," katanya ketika melancarkan projek berkenaan di sini pada Ahad.

Jelas beliau, sebanyak 10 unit mesin ubat layan diri ditempatkan di tiga daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda dan Kulim, akan diselia serta dipantau untuk dua tahun tempoh pelaksanaan di mana tujuh daripadanya ditempatkan di farmasi terpilih manakala tiga lagi di premis awam.

"Terdapat 10 lokasi yang dipilih oleh Farmasi Klebang Restu termasuklah enam farmasi di Sungai Petani iaitu Farmasi Ambangan (Bandar Amanjaya), Farmasi Lily (Bandar Laguna Merbok dan Kota Kuala Muda), Farmasi Batik (Taman Batik), Farmasi Umar (Bandar Puteri Jaya dan Taman Ria Jaya).

"Bagi kawasan Alor Setar, dua lokasi terpilih ialah di Farmasi Semut Gajah, Kota Sarang Semut dan premis Dobi Kota Kedah, Jalan Langgar manakala dua lagi di Kulim ditempatkan di Dewan Kulim Hindu Sabha, Jalan Serindit," katanya.

Dalam perkembangan sama, jelas beliau, terdapat dua kluster PKS KKDW iaitu Industri Makanan dan Perkhidmatan Mesin Ubat Layan Diri.


"Bagi kluster Industri Makanan, KEDA melantik D'Sara Fried Chicken sebagai pengurus projek dengan peruntukan RM300,000 yang merupakan padanan kepada 30 penerima manfaat di seluruh Kedah,"katanya.

Pada majlis sama, seramai 30 penerima dividen projek PKS Tahun 2021 D'Sara Fried Chicken menerima keuntungan masing-masing.


Difahamkan, kesemua mereka menerima keuntungan dalam bentuk dividen sebanyak RM1,000 yang diagihkan dalam tempoh tiga bulan sekali.


https://www.sinarharian.com.my/article/699828/edisi/utara/keda-tempatkan-10-unit-mesin-ubat-layan-diri-menerusi-pks


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.055597 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list