CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37918|Reply: 0

[Pulau Pinang] Usahawan muda rekod jualan RM9 juta perkenal kempen ikan 20 sen seekor

[Copy link]
Post time 1-12-2024 07:04 PM | Show all posts |Read mode
Usahawan muda rekod jualan RM9 juta perkenal kempen ikan 20 sen seekor

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Disember 1, 2024 @ 5:12pm[email protected]






Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin (tiga dari kanan) menyampaikan Anugerah Peningkatan Jualan Program Agrobank Upward Migration (AUM) kepada pemilik syarikat SBZ Legacy Enterprise, Mohd Shamil Zulkifli, sempena Majlis Aspirasi Kecemerlangan Agrobank di Hotel Sunway Seberang Jaya. - Foto NSTP/Danial Saad.





BUTTERWORTH: Pernah dikhianati pekerja sehingga berdepan kerugian lebih setahun, seorang usahawan akuakultur berjaya bangkit dalam perniagaan sehingga berjaya merekodkan jualan hasil laut dan sayur-sayuran mencecah RM9 juta, setakat Januari hingga September lalu.

Mohd Shamil Zulkifli, 29, berkata, dia sebelum itu, baru tiga bulan bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang sebelum mengambil alih perniagaan menjual ikan di pasar Tikam Batu, Kedah yang sudah berdepan pelbagai masalah atas permintaan bapa sekitar 2018.

"Ketika itu saya hairan mengapa wang pusingan modal selalu tidak cukup dan selama lebih setahun baru kami sedar ada pekerja mencuri wang tunai jualan sehingga saya perlu mengeluarkan wang simpanan untuk pusingan modal.

"Selepas itu, saya gigih meningkatkan sistem operasi dan ilmu perniagaan termasuk melakukan promosi meluas menggunakan platform media sosial dan meraih jualan sehingga RM2.5 juta tahun lalu," katanya selepas menerima Anugerah Peningkatan Jualan oleh Agrobank di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohd Shamil bersyukur terpilih dalam Program Agrobank Upward Migration (AUM) di bawah penyeliaan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang membimbing usahawan sepertinya selama 12 bulan, sejak tahun lalu secara percuma sehingga berjaya merekodkan peningkatan keuntungan lebih 200 peratus sekali gus membolehkannya menyumbang kepada masyarakat.

Berikutan itu, Mohd Shamil turut memperkenalkan program jualan ikan 20 sen seekor sejak September lalu dengan menyediakan 100 hingga 400 kilogram pelbagai jenis ikan pada setiap hari bermula jam 5.30 petang dengan kesemuanya akan dihabiskan sekitar 30 minit sahaja.

"Saya bertekad meneruskan program ikan dua 20 sen itu dalam jangka masa panjang untuk membantu orang ramai dan selain ikan biasa, pelanggan juga berpeluang dapat ikan besar seperti cencaru, kerisi dan duri pada harga tersebut," katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Husssin berkata, program berstruktur secara percuma itu dikendalikan Pusat Kecemerlangan Agrobank (ACE) telah berjaya membimbing 50 syarikat berpotensi di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis setakat ini.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 33 syarikat berjaya mencatat peningkatan jualan melebihi 20 peratus 14 syarikat berjaya mendapatkan pembiayaan tambahan sebanyak RM1.148 juta dengan pihaknya menyasar 200 lagi syarikat menyertai program itu tahun depan.

"Program AUM merangkumi sesi latihan kelas secara fizikal atau dalam talian serta sesi bimbingan di premis usahawan dengan modul disediakan termasuk Seni Urus Kewangan, Pemasaran, Penetapan Sasaran Syarikat dan Pengurusan Bisnes Gaya Korporat.

"Modul pembelajaran tersebut membuka peluang kepada usahawan kecil, sederhana dan mikro mengembangkan perniagaan," katanya menambah program itu turut diperkenalkan kepada usahawan B40 dan asnaf dengan menyasar perolehan pendapatan bulanan RM4,000.

Beliau berharap peserta dapat mengaplikasikan kemahiran dan ilmu yang diperolehi untuk menjadi usahawan berdaya saing serta memastikan kelangsungan dan pertumbuhan perniagaan yang berterusan.

"Agrobank komited memajukan ekosistem usahawan tempatan khususnya dalam sektor agromakanan, melalui inisiatif strategik yang bukan sekadar mendorong pertumbuhan ekonomi mikro, tetapi menyumbang pembangunan sosioekonomi komuniti dengan mewujudkan peluang pekerjaan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1331247/usahawan-muda-rekod-jualan-rm9-juta-perkenal-kempen-ikan-20-sen





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.067242 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list