BDB Jitra Half Marathon dibatalkan atas faktor banjir
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
29 November 2024 07:26pm
BDB Jitra Half Marathon 2024 yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu dibatalkan atas faktor cuaca buruk dan banjir.
ALOR SETAR - Acara Bina Darulaman Berhad (BDB) Jitra Half Marathon 2024 yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu dibatalkan atas faktor banjir luar biasa yang melanda Kubang Pasu dan kawasan sekitarnya.
BDB dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu juga dibuat atas nasihat pihak keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Menurutnya, keselamatan para peserta menjadi keutamaan mereka.
Walaupun acara dibatalkan, pengambilan pakej perlumbaan BDB Jitra Half Marathon 2024 tetap diteruskan pada hari ini dan setiap peserta layak mendapat semua barangan yang dijanjikan.
"Urusan pengeposan pakej perlumbaan juga akan disediakan dan dikendalikan oleh pihak BDB. Maklumat berkenaan proses ini akan dikemaskini dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan.
Tambah kenyataan itu, BDB mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang telah memberi sokongan kepada penganjuran acara itu dan pihaknya memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi.
"Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, peserta boleh menghubungi wakil BDB Leisure di talian 019-4774580 atau terus mendapatkan maklumat di laman media sosial BDB Challenge," ujarnya.
https://www.sinarharian.com.my/article/699488/edisi/utara/bdb-jitra-half-marathon-dibatalkan-atas-faktor-banjir
|